sayyidul istighfar



Monday, June 28, 2010

Mana boleh macam tu.


Petang tadi wanie menemani kak ngah ke Bandar Kota Bharu..ai..asyik jalan je wanie ni ya..hee..
ok..kita teruskan..
Lebih kurang jam 5.30 petang, kami menunggu bas untuk pulang..lambat juga bas ni, tapi tak pe lah..hari pun tak panas..elok je berteduh di bawah gazebo ni..
Di depan perhentian bas yang dihias cantik berhadapan dengan Bazar Tengku Anis ni, memang disediakan tempat parking bas..sepanjang deretan jalan tu..semuanya untuk bas bandar..maklumlah dah memang stesyen bas kan..tapi disebabkan hari sudah petang nak ke senja, bas pun tak banyak sangat walaupun masih ada bas yang akan tiba..
Tiba-tiba..sewaktu leka berbual dan menikmati chocolate ice blended plus black pearl dari 'Cool Blog'..uhh..sedapnya air ni..kalau tak percaya, nanti rasa ya! he..(iklan pula)

Tiba-tiba...(sambungan tadi..) zaapp..sebuah kereta datang dan parking di depan kami..depan kami tu tempat parking bas!! tanpa rasa bersalah..tuan empunya kereta beserta keluarganya keluar dan mengunjungi bazar tersebut...keretanya besar juga, vios..walaupun berkereta besar, mahupun kecil, mana boleh letak kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya..padahal, banyak lagi tempat parking kereta di tepi jalan bersebelahan..lebih-lebih lagi, waktu perjalanan bas belum tamat..

wanie pun..terus snap..rasa macam detektif pula..

Bukan sekejap..lama juga tu..wanie dah nak balik pun, kereta tu masih di situ..

Sambil menunggu bas kami, kami berbual dengan seorang makcik yang baik dan peramah orang nya ni.. 
tiba-tiba kan...(lagi?)
 datanglah sebuah bas ni..tapi bukan bas kami la..

ok je bas ni..tapi..kat tingkap dia pula...haih..

kenapa la ada cawan kertas kat situ..merosakkan pemandangan saja.

Macam-macam gelagat masyarakat yang boleh dilihat..yang baik boleh jadikan panduan dan yang buruk jadikan sempadan..yang baik?
ada...tadi wanie jumpa seorang 'salesgirl' yang sangat pandai mempromosikan barangnya..memang tertarik lah..tapi, bila ke bahagian lain pula, adus...mungkin mereka 'bad mood' kot hari tu..tak apalah..janji buat kerja dengan ikhlas kan..rezeki pun senang masuk, insyaAllah..:)

ok lah..nak berehat dulu..penat juga rasanya..

Tak rugi pun..insyaAllah..

Ucapkanlah sayang sebelum terlambat. Ucapkanlah sokongan sebelum terlewat. Ucapkanlah cinta sebelum ia tiada..
Bukan susah untuk menyatakan sayang..bukan pelik untuk mengungkapkan kasih..

"ah, itu bagi mereka yang tak malu"
kata segelintir yang menganggap ungkapan kasih dan sayang hanyalah mainan kata-kata dan remeh.
Remeh? ianya remeh?
Cuba anda nyatakan pada seseorang kata-kata sayang anda..boleh?

jadi, itu yang anda katakan ianya remeh..?

 Sebelum memanjangkan bicara, kata-kata sayang yang dimaksudkan wanie ni ialah pada kedua ibu bapa dan keluarga..bukan untuk mereka yang bercintan cintun ya..tak baik tuuu...

"ibu, saya sayang ibu..sayang sangat.."

"abah...love u.."

"mama, selamat hari ibu../selamat hari lahir/ selamat malam..."

"ayah, selamat hari bapa../selamat hari lahir/ selamat berehat.."

betapa gembiranya kedua ibu bapa kita bila anak-anaknya mengungkapkan kata-kata seperti di atas..walaupun ianya hanyalah sebaris ayat..

Tetapi, ramai yang wanie lihat, mereka yang berkasih sayang @ couple ("belum berkahwin) ni tiada segan silu pula menyatakan kasih sayang kepada pasangan masing-masing..via handset lagi..eh, yang lebih advance, via Facebook...kononnya romantik..uuh..kalaulah mereka tahu, tiada pahala pun berbuat demikian, malah boleh menjerumus ke keadaan yang dimurkai Allah pula jika tidak dibendung..
 Ni yang silapnya penggunaan teknologi..diputar belit untuk memuaskan rasa sendiri..bercerita dan berkongsi sesuatu yang adakalanya tidak sepatutnya diluahkan di Facebook dan juga mana-mana laman sosial lain..alahai..janganlah terlalu ekstrim sangat dengan teknologi yang akan menjerat mereka yang alpa pada bila-bila masa sahaja..ada tu, mereka yang cukup menjaga kesopanan dulunya, sudah mula menunjukkan ciri-ciri yang kurang elok..(sigh..)

Sahabat sekalian, memanglah menjadi satu keberatan bagi mereka yang tidak biasa dengan ucapan-ucapan sebegini dengan ibu bapa mereka, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang rapat dengan ahli keluarga..tetapi..cuba lah, pasti anda akan rasa kelainan dalam diri..rasa bahagia..kalau masih segan..hantarlah SMS..tak rugi pun..
malahan, kalau dididik dari kecil, ia boleh membawa kepada terbinanya keluarga sakinah..keluarga bahagia..insyaAllah...


wanie ada terbaca petikan dari buku agama, yang menyatakan, niat yang seiring dengan ekspresi verbal ini mampu meneguhkan niat kita..
Kalau kita hanya nyatakan dalam hati ' saya sayang ayah saya' lain rentaknya dengan anda sendiri menyatakan pada ayah anda..

 Samalah juga dengan solat kita..kita niat dan diekspresikan secara verbal kan? jadi...

'ianya sungguh cerdas' bak kata M. Siddiq Mustika...

p/s: peringatan buat diri sendiri dan para pengunjung bintang hati..:)

Wednesday, June 23, 2010

Kita cakna atau tidak?

Salam sahabat sekalian..
sudah lama wanie nak masukkan entri ni. Tapi, belum tiba masanya..he..mestilah. Semua benda pun ada masa-masa yang sesuai kan..
Hari ni wanie temankan sahabat baik wanie iaitu ain ke Bandar Kota Bharu lagi..lagipun ain dah nak balik Bangi, jadi, keluar jalan-jalan kejap..
Kami guna pengangkutan awam memandangkan ianya senang didapati..
eh..jap..kita tengok pe yang nak diceritakan..

ni gambar dua minggu lepas..

ain gembira menaiki bas.. :p

wanie pun sama..

Lepas tu kan...kami terkejut sangat melihat gejala tidak sihat ni..Bukan apa, bas ni masih baru, ber'aircond' pula tu..

TAPI..
-
-
-
-
-
-
-
alamak.....buruknya permandangan!!
kerusi diconteng-conteng..haih...masih ada lagi yang tidak tahu menggunakan pengangkutan awam sebetulnya..


geram sungguh hati ini melihat panorama ini..
bukan tak pernah tengok macam ni, kat mana-mana pun ada kan?

Tapi..apa yang menyedihkan wanie ialah kerajaan sudah membaik pulih sistem pengangkutan di bandar ini supaya penumpang bertambah selesa pun, tidak dihargai..
Kalau sebelum ini, bas yang ada agak buruk, kecil dan tidak ber 'aircond'..tapi sekarang, penumpang memang boleh menikmati perjalanan yang lebih selesa..tapi..ianya disalah gunakan sebagai tempat melemparkan kreativiti-kreativiti murah ini..

Sedarlah wahai penghuni kota yang menggunakan pengangkutan awam ni..bukan hak kita untuk main conteng-conteng sebegini..
Aktiviti vandalisme seperti ini akan merosakkan imej sesebuah negeri mahupun negara..
kalau kenderaan sebesar ini pun tak tahu nak dijaga apatah lagi hendak diberi kemudahan yang lagi bagus?

Jangan asyik nak menuduh kerajaan tidak prihatin kalau diri sendiri tidak peka dan cakna dengan kemudahan yang ada..

Tepuk dada tanya iman..

p/s: Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan semua pembaca..Bukan sekadar menconteng di merata-rata tempat, perlakuan buruk lain seperti membuang sampah sarap walaupun sebesar tisu yang sudah renyuk, ia tetap menyumbang kepada pencemaran dan nilai kebersihan akan semakin pudar..

Sunday, June 20, 2010

The best dad ever..

Bulan 5 dan bulan 6 ni banyak sambutan istimewa..hari ibu, hari guru dan yang terbaru..hari bapa..
Selamat hari bapa abah..

Entri ni khas buat abah wanie yang tersayang..

Kalau nak tau, abah wanie ni baikkk...sangat. Susah nak marah anak-anak..dan kelakar juga. Tapi, abah akan mula bersuara kalau kami nampak nakal sangat..eh, tu masa wanie kecil la kan..dah besar ni, abah lebih suka menggunakan pendekatan nasihat, termasuklah hal ehwal agama..

Nasihat abah beserta motivasinya banyak menyuntik semangat wanie terutama ketika masih di bangku sekolah..ye lah, abah ni memang sangat mengutamakan pelajaran anak-anak..hampir setiap hari abah akan belikan buku latihan baru untuk wanie buat..Sebab itulah wanie suka sangat baca buku..ehehe..

Setiap kali keluar makan bersama keluarga, berjalan-jalan ataupun sekadar makan bersama di meja makan, abah sentiasa mengeluarkan kata-kata perangsang untuk kami..

Alhamdulillah wanie dikurniakan seorang ayah yang sangat penyayang dan kuat semangat..

with my beloved parents

abang cik tak ada...hu

from us to abah..yummy

Terima kasih abah..Kakak sayang sangat abah, Encik Pauzi Bin Awang, my motivator..:)

Friday, June 18, 2010

memories of 'independent' group...

Hari ini wanie bangun awal pagi..segarnya rasa sebab malam semalam hujan..wah..dinginnya, seronok ni kalau melelapkan mata di tilam nan empuk..ehehe..
Tapi..eh, hari ni kan nak pergi jumpa sahabat baik. Ya, sudah lama tak jumpa sahabat karib sekolah rendah ni..Siti Fadilah, tuan empunya diri.

Seronoknya. Kami ni memang satu kepala sejak kecil..semua aktiviti di sekolah termasuklah ko-kurikulum memang kami sertai bersama..

Bila diimbas kembali..nakalnya kami walaupun wanie seorang Pengawas Sekolah dan fadilah Ketua Kelas 6 Pintar..

Nak tau apa aktiviti kami dahulu...haha..Kami pernah :

1. menyertai pasukan nasyid untuk program sekolah
2. mengadakan kumpulan sendiri untuk persembahan. kumpulan nyanyi lagu hindustan pula tu..haih..
3. mengadakan kumpulan belajar bersama dengan nama kumpulan 'Sparkle n Brilliant'. pastu kami tukar ke kumpulan 'independent'.
4. meminjam kot dan tie dari kedai sebelah sekolah untuk mengadakan persembahan boria..hu..
5. berlatih bersama guru BM untuk menyertai pertandingan bercerita. tapi, tak jadi..alamak...

dan lain-lain....nasib baik tak ramai lagi orang kat KFC Kubang Kerian ni, kalau tak mesti dapat dengar kami gelak..

Ye la kan, persahabatan yang dibina ibarat bunga nan sentiasa mekar dan tidak pernah layu..sahabat yang baik selalu ada jika diri diperlukan, dan tidak mengguris hati sahabat sesuka hati dan tidak cepat terasa..


'A friend inneed is a friend indeed'
Fadilah, nanti kita jumpa lagi..terima kasih ya..:)

Thursday, June 17, 2010

Adakah solatku diterima?

Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah sudah semakin sihat..syukur ya Allah atas segala rahmatMu..
Semalam wanie tidur agak lewat. Entah kenapa mata tidak mahu lelap padahal dah awal dah masuk bilik..jadi, tak pe lah, wanie pun terus mengambil buku yang tersedia di sisi laptop. Ahaa..ada juga ilmu berguna malam tu..ada baiknya wanie berkongsi di Bintang hati kan..untuk sama-sama kita muhasabah diri, setakat mana kewajipan yang sudah kita lakukan...

Petikan dari buku 'Soal jawab remeh temeh tentang solat' terbitan Telaga Biru.

ADAKAH SOLATKU DITERIMA?

Rasulullah saw telah bersabda bahawa: 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah swt..:

1. orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. orang lelaki yang melarikan diri.

5. orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya(taubat).

6. orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. orang-orang yang suka makan riba'.

10. orang yang solatnya tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Solat adalah tanggungjawab seluruh orang mukmin terhadap Allah. Setiap kebaikan yang kita lakukan adalah mengikut penilaian Allah. Jadi, kita mesti buat yang terbaik..Semoga kita semua mendapat manfaatnya..


WaAllahua'lam..:)

Wednesday, June 16, 2010

Cerita Ibuprofen

Salam kembali. Sudah beberapa hari wanie tak update blog..bukan tak ada cerita, cuma badan tak berapa sihat 2, 3 hari lepas. Setelah berjumpa doktor dan makan ubat, (hu, susahnya nak makan ubat ni..besarnya..)
 Alhamdulillah semakin sihat. Tinggal bengkak di bawah kepala yang masih sakit sikit..

Terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatan wanie..semoga Allah memberkati dirimu..:)

 Sesungguhnya, dalam kesakitan ada penawarnya, dalam kesusahan ada kesenangannya dan dalam kepahitan ada kemanisannya. Semua tu adalah ujian Allah kepada hambaNya..


Bila sihat, rutin harian kena jalankan..hee..oh ya, rasanya mahu tambah lagi hiasan di dinding tu..:p

Monday, June 14, 2010

sibling's tournament



Faisal menang! mengalahkan farah dengan 2 mata dihadapan..manakala helmi berada di tempat ketiga kerana selalu masuk longkang..jangan marah ye..peace..
~kata pengulas

Pagi tadi, wanie bersama kak ngah, faisal dan kawannya iaitu adik helmi beriadah sambil bermain boling...
di mana?
haa..dekat je dengan rumah kami iaitu di Mutiara Bowl, Kota Seri Mutiara..
Wanie tak main pun sebab badan masih belum sihat sepenuhnya..biarlah mereka yang main..seronok tengok orang main pula...:)

sambil-sambil tu, pelbagai ragam manusia dapat dilihat..ada yang datang bersama rakan-rakan dan keluarga. ye la kan, boling dapat dimainkan oleh semua golongan..suka juga tengok mak ayah dan anak-anak berkongsi kegembiraan bila semua pin dapat dijatuhkan..tak kurang juga yang masuk longkang..haha2..

hebat juga faisal..ada gaya la juga adik wanie ni..kak ngah memang sudah terer..helmi pun bagus..

hmm..tapi mama dan abah wanie tak galakkan sangat kami ke pusat-pusat permainan sebegitu..walaupun ianya terbuka untuk semua golongan, tapi rata-rata pusat boling terletak berdekatan dengan pusat hiburan lain contohnya snooker, permainan video serta permainan yang menggunakan token tu dan lain-lain..Jadi, untuk kanak-kanak bawah umur tak elok lah didedahkan sangat benda sebegitu kan..

oh ya, hanya beberapa aksi sahaja dapat dirakam dengan baik..hu..

scorer...

not bad...
p/s: boling boleh diibaratkan sebagai matlamat dalam kehidupan. Pada mulanya, ia hanya memerlukan daya lontaran/gulingan/balingan bola untuk menjatuhkan pin. Yang membezakan ialah cara bola itu sampai ke pin itu. Adakah ia tepat mengenai sasaran ataupun beberapa pin sahaja dapat dijatuhkan. Ataupun, semua pin dapat dijatuhkan kecuali satu.

get it? totally..

Sunday, June 13, 2010

My simple handycraft


Badan rasa kurang sihat berbanding biasa..namun, tetap mahu 'update' blog ini..macam blogger sepenuh masa pula..ehehe..
Oh ya, hari tu wanie ada cerita tentang hobi baru kan?
haa? tak ingat?

tak apa..need to tell you once again..

"sulaman bullion dan teknik sulaman lain.."
 Sebenarnya, sekarang wanie dalam proses menyiapkan sulaman di material lain pula..tapi, hari ni baru dapat memasukkan entri yang lepas..tak apa lah kan, janji ada..:)

Nak tengok tak apa yang sudah dihasilkan?
Tapi jangan gelak-gelak ya..maklumlah..'beginner'.

Cubaan pertama ni corak di baju kosong warna pink, ala-ala bunga sakura gitu..gabungan bullion (bunga matahari), crossstich dan jahitan manik.

Mesti ada yang tersenyum tengok beg ni..dulu ianya 'plain'..tapi sekarang sudah berhias sikit..wanie guna teknik 'applique'..

inilah dia hasil tangan ku..

well..seeing is believing..:)

Saturday, June 12, 2010

Khatam Quran

Alhamdulillah semalam selesai sudah majlis khatam quran faiz dan faisal. Adik-adik wanie ni sudah lama khatam cuma baru ingat nak buat..ehehe..malamnya pula, abah menjemput ahli masjid di kampung kami untuk majlis tahlil pula..Alhamdulillah, ramai yang datang..

segak bergaya hero-heroku..gambar dari belakang pun boleh lah..depan imam juga tu..

faisal..ehehe

maaf abah dan ustaz, gambar ni tak ok..haih..

last but not least, with my dearest grandma..orang dah sikit, jom bergambar..:)

p/s: oh ya, nak upload kat Facebook gambar yang lain-lain juga, tapi...opps. i tak minat Facebook...so upload di Bintang hati lagi bagus..:)

Friday, June 11, 2010

Lovely girl's birthday..

Salam kembali semua pembaca bintang hati..Alhamdulillah, dapat juga wanie 'update' blog kesayangan ni setelah berhari-hari ianya sepi..ehehe..
Banyak juga wanie kumpul cerita untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian..Tapi sebelum tu, wanie nak buat entri khas buat adik wanie, Nur Farahana Pauzi sempena dengan hari lahirnya..yang ke 50..opps..silap, yang ke 21..peace..

Malam sebelum hari lahirnya, kami sekeluarga berpakat untuk membuat kejutan..dan memang ianya kejutan!!
Seronok..apa lagi, jom layan gambar istimewa..

haa..belon istimewa..warna biru dari abah, warna hijau dari mama, warna merah dari abg cik, warna ungu dari adik faisal, warna jingga dari nenek kami..wanie? warna merah jambu la..:p

ini pula kek birthday girl..sweet tak?..3 batang lilin bagi wanie sendiri maksudnya 'I Love U'..

Kek ni dari sahabat-sahabat kak ngah yang sangat baik denganya..cantik dan sedap sangat..

hmm..di sini (harap kak ngah baca ni, hehe) kakak ucapkan selamat hari lahir yang ke 21..bertambahnya umur bermakna bertambahlah tanggungjawab yang perlu dipikul, taatlah pada perintah Allah dan RasulNya, patuh pada ibubapa, dan jangan lupa belajar bersungguh-sungguh supaya cita-cita untuk menjadi 'radiologist' tercapai ya..insyaAllah..:)

Kenangan Aidilfitri 2009 bersama kakngah

Sunday, June 6, 2010

A sip of water for a thirsty soul..

Salam buat pengunjung bintang hati..wah..hari yang tenang, bagus dan ceria rasanya..Alhamdulillah. Baru hari ni ada kesempatan untuk menaip entri baru di sini. Sebenarnya, tak adalah sibuk sangat, cuma sempat memberi wajah baru untuk blog 'favourite' ni..ahaa..wanie ni suka sangat tukar-tukar background kan? well, that's my hobby..ehehe..
Bila rasa bagus, ayuh kita bercerita sesuatu..
hm..kali ni wanie nak berkongsi tentang perkara yang wajib kita buat setiap hari bila tiba waktunya. Kalau tak buat ni, berdosa tau!
Nak tau? Ya..betul. Tentang SOLAT.

Hari tu..wanie ada ber'YM' dengan sahabat dari UTM. Kami berbincang  tentang bagaimana hendak khusyuk dalam solat. iyalah, kita solat mesti nak rasa gembira dengan hasil solat kita kan? Jadi, rasa bahagia tu kita akan dapat kalau kita mencapai tahap khusyuk..insyaAllah..

Syaitan laknatullah sentiasa menghasut manusia..termasuk melalui jalan-jalan halus..Nauzubillah..

Solat berjemaah bagi lelaki adalah lebih baik..jadi, jangan malas-malas untuk ke masjid/surau ya..

Ada banyak tips untuk menambah kekhusyukan dalam ibadah wajib ini..
Anda nak tau? jom semak..wanie dapat ni dari hasil pembacaan menerusi buku-buku agama dan juga internet..

Antaranya:

1. Berwudhuk dengan sempurna dan betul. Mulakan dengan basmalah dan tertib..

2. Melakukan perkara yang mana berpotensi mengganggu solat kita nanti. Contohnya, kelaparan yang amat.

3. Membersihkan diri dan tempat solat. Contohnya, kalau mereka yang berpeluh-peluh tu, mungkin akan mengundang ketidakselesaan semasa solat. Jadi, lebih baik bersihkan diri dahulu..

4. Solat awal waktu..haa..ni yang kadang-kadang terlepas kan..cuba sedaya upaya untuk terus bersedia untuk solat jika mendengar azan. banyak pahalanya untuk mereka yang sangat menjaga waktu solat..

5. Memahami bacaan dalam solat. ya betul. Ia dapat menumpukan perhatian kita dalam setiap pergerakan dalam solat. Diharapkan supaya pemahaman, penghayatan dan penjiwaan solat bertambah kuat.

6. Memanjangkan rukuk dan sujud.

7. Tidak mengusik-usik anggota badan seperti banyak bergerak, berpaling dan sebagainya.

8. Menghindari perkara yang merunsingkan hati.

Solat adalah tiang agama..kita mesti tegakkan tiang ini sebetulnya supaya rumah tidak lagi bergoyang-goyang kerana adanya tiang yang kukuh yang sentiasa menyokong.

Peringatan untuk diri sendiri adalah lebih baik. Jadi, anda nak sama-sama memperbaiki solat?
Jom kita berusaha untuk bersembahyang dengan perasaan yang gembira. insyaAllah..
 Semoga kita mendapat kekhusyukan ibadah yang pertama sekali akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti..
WaAllahua'lam..

Selamat bersolat..:)

Thursday, June 3, 2010

kita lihat siapa yang kena..

Salam semuanya..tadi wanie baru je singgah kat blog kawan wanie ni..Ajie namanya..ehehe..kalau bercakap dengan dia ni, wanie akan gelak je..kelakar sungguh oppa ni! opss..silap lg..haizz..:p
tiba-tiba terpandang nama wanie kat post dia..alamak kena tag la jadinya..wanie pun tak reti bab 'tag' ni..haa..jadi ikut je la cik ajie ni ya..ha2..oh ya, ajie silap 'link' kan wanie punya blog address..dush2.

tak pe. tak pe...jadi, kena jawab la ni?..macam best je..

1. 3 names in your message inbox:
agaknya msg dalam handphone la kot..hmm,jap nak cek:
1. dia
2.shahirah
3.radiah

2. your main ringtone:
Lenka-The Show

3. what you did at 12 last night:
menonton filem 'i know what u did last summer'

4. who was the last person you went out with?where?
mama. Billion Shopping Centre

5. the colour of t-shirt you're wearing now
nasib baik tanya warna je..hm..kaler putih..

6. the last thing you did
reply msg dia

7. 3 of your everyday favourite items
my blog. kereta. my room

8. the colour of your bedroom
kenapa asyik tanya warna ya? he..kaler pink.

9. how much money in your wallet now?
sekarang tinggal......jap nk kira

10. how's life?
simple, happy insyaAllah..

11. your favourite song:
yang terbaru ke? hm..wanie suka nasyid dari Syamil..

12. what will you do next weekend:
balik kampung abah kot..insyaAllah..

13. when was the last time you see your mum?
beberapa saat yang lalu

14. where is she now?
hantar adik pergi kem kat sekolah

15. who is the last person that talked with you last night?
nenek wanie

16. the last surprise you got?
biasanya surprise ni masa birthday la kan? haa..21 mac hari tu la!

17. the last thing you borrowed from your friend?
headphone..ehehe

18. who is your bf / gf / husband / wife?
belum berkahwin...

19. what do you feel right now?
lapar pula..

20. wanna share with who?
nak share ke?

21. who know your secret?
Allah swt..n my parents, n kak ngah juga..

22. they keep your secret?
sure! insyaAllah...

23. are you angry with someone?
hmm..ada ke? kadang-kadang kot..tapi kejapppp je.

24. do you order at Mc'D?
tak..tp mungkin suatu ketika dahulu..

25. the last time you feel so sad?
hari tu..tapi, Alhamdulillah..sekarang sudah bertambah tenang dan gembira..
hm, kalau pasal keluarga, sedih bila sepupu wanie meninggal dunia 22 Mei lalu..


pheww...dah habis pun soalan...hm, bagus untuk tenangkan fikiran sambil berfikir tentang diri sendiri...
waAllahua'lam...

tq Ajie for the tag...
ok..sekarang wanie nak tag sape ya....haa..

mereka adalah:
ain tulip,hadilah, wahidah wawa, jessieca junas..

selamat menjawab..ehehe..:)

Wednesday, June 2, 2010

wanie's new hobby..

Sudah sebulan wanie di rumah. Nak cari kerja tu, rasanya malas pula..ehehe..bukan malas, sebenarnya, wanie nak buat banyak benda di rumah, banyak lagi nak belajar memasak, buat kuih dengan mama..dan yang terbaru ni, wanie semakin berjinak-jinak dengan seni sulaman tangan..ha2..jangan gelak ya..ini serius. :p

Jahitan sulaman ni bukan belajar dari mama ataupun kak ngah, tapi dari buku. ya buku! dan juga internet..minat orang kata. Sulaman yang paling wanie suka ialah sulaman bullion. ala, yang berbentuk simpulan tu, dan juga sulaman riben. hmm..cantiknya kalau pandai buat. Tapi, kalau terasa ingin memperkembangkan lagi minat ini, kena belajar dengan cikgu sulaman la wanie nanti..
huh, patutlah harga pakaian yang disulam dengan cantik tu mahal harganya. sebab bukannya senang nak buat..perlu kesabaran, terutama ketika benang tergumpal..alahai..cik benang..jangan la buat hal..penat eden...

Tapi, bila buat kerja yang kita minat, semuanya tak ambil kisah terutama dari segi belanja membeli kelengkapan jahitan.  Inilah kali pertama wanie membeli pemidang, jarum dan benang sulam..seronok juga bila ke kedai menjual alatan jahitan...banyak sangat barang yang terasa  perlu dibeli..

alatan mengait..

Sabar dulu wanie, buat la perlahan-lahan dulu, buat betul-betul yang asas tu..baru boleh hasilkan yang superb!

betul.betul.betul.

Kali ni, tak boleh tunjuk lagi hasil jahitan..sebab masih dalam proses..mungkin akan di upload sedikit demi sedikit gambar-gambarnya ya..

Alhamdulillah..ada yang memberi sokongan pada wanie..terima kasih ya! i like..:)

p/s: insyaAllah nak belajar 'knitting' pula..comel tengok baby pakai..

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers