sayyidul istighfar



Wednesday, June 23, 2010

Kita cakna atau tidak?

Salam sahabat sekalian..
sudah lama wanie nak masukkan entri ni. Tapi, belum tiba masanya..he..mestilah. Semua benda pun ada masa-masa yang sesuai kan..
Hari ni wanie temankan sahabat baik wanie iaitu ain ke Bandar Kota Bharu lagi..lagipun ain dah nak balik Bangi, jadi, keluar jalan-jalan kejap..
Kami guna pengangkutan awam memandangkan ianya senang didapati..
eh..jap..kita tengok pe yang nak diceritakan..

ni gambar dua minggu lepas..

ain gembira menaiki bas.. :p

wanie pun sama..

Lepas tu kan...kami terkejut sangat melihat gejala tidak sihat ni..Bukan apa, bas ni masih baru, ber'aircond' pula tu..

TAPI..
-
-
-
-
-
-
-
alamak.....buruknya permandangan!!
kerusi diconteng-conteng..haih...masih ada lagi yang tidak tahu menggunakan pengangkutan awam sebetulnya..


geram sungguh hati ini melihat panorama ini..
bukan tak pernah tengok macam ni, kat mana-mana pun ada kan?

Tapi..apa yang menyedihkan wanie ialah kerajaan sudah membaik pulih sistem pengangkutan di bandar ini supaya penumpang bertambah selesa pun, tidak dihargai..
Kalau sebelum ini, bas yang ada agak buruk, kecil dan tidak ber 'aircond'..tapi sekarang, penumpang memang boleh menikmati perjalanan yang lebih selesa..tapi..ianya disalah gunakan sebagai tempat melemparkan kreativiti-kreativiti murah ini..

Sedarlah wahai penghuni kota yang menggunakan pengangkutan awam ni..bukan hak kita untuk main conteng-conteng sebegini..
Aktiviti vandalisme seperti ini akan merosakkan imej sesebuah negeri mahupun negara..
kalau kenderaan sebesar ini pun tak tahu nak dijaga apatah lagi hendak diberi kemudahan yang lagi bagus?

Jangan asyik nak menuduh kerajaan tidak prihatin kalau diri sendiri tidak peka dan cakna dengan kemudahan yang ada..

Tepuk dada tanya iman..

p/s: Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan semua pembaca..Bukan sekadar menconteng di merata-rata tempat, perlakuan buruk lain seperti membuang sampah sarap walaupun sebesar tisu yang sudah renyuk, ia tetap menyumbang kepada pencemaran dan nilai kebersihan akan semakin pudar..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers