sayyidul istighfar



Sunday, June 6, 2010

A sip of water for a thirsty soul..

Salam buat pengunjung bintang hati..wah..hari yang tenang, bagus dan ceria rasanya..Alhamdulillah. Baru hari ni ada kesempatan untuk menaip entri baru di sini. Sebenarnya, tak adalah sibuk sangat, cuma sempat memberi wajah baru untuk blog 'favourite' ni..ahaa..wanie ni suka sangat tukar-tukar background kan? well, that's my hobby..ehehe..
Bila rasa bagus, ayuh kita bercerita sesuatu..
hm..kali ni wanie nak berkongsi tentang perkara yang wajib kita buat setiap hari bila tiba waktunya. Kalau tak buat ni, berdosa tau!
Nak tau? Ya..betul. Tentang SOLAT.

Hari tu..wanie ada ber'YM' dengan sahabat dari UTM. Kami berbincang  tentang bagaimana hendak khusyuk dalam solat. iyalah, kita solat mesti nak rasa gembira dengan hasil solat kita kan? Jadi, rasa bahagia tu kita akan dapat kalau kita mencapai tahap khusyuk..insyaAllah..

Syaitan laknatullah sentiasa menghasut manusia..termasuk melalui jalan-jalan halus..Nauzubillah..

Solat berjemaah bagi lelaki adalah lebih baik..jadi, jangan malas-malas untuk ke masjid/surau ya..

Ada banyak tips untuk menambah kekhusyukan dalam ibadah wajib ini..
Anda nak tau? jom semak..wanie dapat ni dari hasil pembacaan menerusi buku-buku agama dan juga internet..

Antaranya:

1. Berwudhuk dengan sempurna dan betul. Mulakan dengan basmalah dan tertib..

2. Melakukan perkara yang mana berpotensi mengganggu solat kita nanti. Contohnya, kelaparan yang amat.

3. Membersihkan diri dan tempat solat. Contohnya, kalau mereka yang berpeluh-peluh tu, mungkin akan mengundang ketidakselesaan semasa solat. Jadi, lebih baik bersihkan diri dahulu..

4. Solat awal waktu..haa..ni yang kadang-kadang terlepas kan..cuba sedaya upaya untuk terus bersedia untuk solat jika mendengar azan. banyak pahalanya untuk mereka yang sangat menjaga waktu solat..

5. Memahami bacaan dalam solat. ya betul. Ia dapat menumpukan perhatian kita dalam setiap pergerakan dalam solat. Diharapkan supaya pemahaman, penghayatan dan penjiwaan solat bertambah kuat.

6. Memanjangkan rukuk dan sujud.

7. Tidak mengusik-usik anggota badan seperti banyak bergerak, berpaling dan sebagainya.

8. Menghindari perkara yang merunsingkan hati.

Solat adalah tiang agama..kita mesti tegakkan tiang ini sebetulnya supaya rumah tidak lagi bergoyang-goyang kerana adanya tiang yang kukuh yang sentiasa menyokong.

Peringatan untuk diri sendiri adalah lebih baik. Jadi, anda nak sama-sama memperbaiki solat?
Jom kita berusaha untuk bersembahyang dengan perasaan yang gembira. insyaAllah..
 Semoga kita mendapat kekhusyukan ibadah yang pertama sekali akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti..
WaAllahua'lam..

Selamat bersolat..:)

3 comments:

Anonymous said...

Shah: blog walking..hmm, insyaAllah..sama2 kita buat yg terbaik..moga2 dikuatkan hati untuk selalu menjadi lebih baik..tq..=)

Anonymous said...

Mh: hee, bgsnya post ni.. Terima kasih ya :)

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

tq..:) semoga sama2 dapat manfaatnya ya..:)

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers