sayyidul istighfar



Sunday, June 20, 2010

The best dad ever..

Bulan 5 dan bulan 6 ni banyak sambutan istimewa..hari ibu, hari guru dan yang terbaru..hari bapa..
Selamat hari bapa abah..

Entri ni khas buat abah wanie yang tersayang..

Kalau nak tau, abah wanie ni baikkk...sangat. Susah nak marah anak-anak..dan kelakar juga. Tapi, abah akan mula bersuara kalau kami nampak nakal sangat..eh, tu masa wanie kecil la kan..dah besar ni, abah lebih suka menggunakan pendekatan nasihat, termasuklah hal ehwal agama..

Nasihat abah beserta motivasinya banyak menyuntik semangat wanie terutama ketika masih di bangku sekolah..ye lah, abah ni memang sangat mengutamakan pelajaran anak-anak..hampir setiap hari abah akan belikan buku latihan baru untuk wanie buat..Sebab itulah wanie suka sangat baca buku..ehehe..

Setiap kali keluar makan bersama keluarga, berjalan-jalan ataupun sekadar makan bersama di meja makan, abah sentiasa mengeluarkan kata-kata perangsang untuk kami..

Alhamdulillah wanie dikurniakan seorang ayah yang sangat penyayang dan kuat semangat..

with my beloved parents

abang cik tak ada...hu

from us to abah..yummy

Terima kasih abah..Kakak sayang sangat abah, Encik Pauzi Bin Awang, my motivator..:)

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget