sayyidul istighfar



Thursday, June 17, 2010

Adakah solatku diterima?

Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah sudah semakin sihat..syukur ya Allah atas segala rahmatMu..
Semalam wanie tidur agak lewat. Entah kenapa mata tidak mahu lelap padahal dah awal dah masuk bilik..jadi, tak pe lah, wanie pun terus mengambil buku yang tersedia di sisi laptop. Ahaa..ada juga ilmu berguna malam tu..ada baiknya wanie berkongsi di Bintang hati kan..untuk sama-sama kita muhasabah diri, setakat mana kewajipan yang sudah kita lakukan...

Petikan dari buku 'Soal jawab remeh temeh tentang solat' terbitan Telaga Biru.

ADAKAH SOLATKU DITERIMA?

Rasulullah saw telah bersabda bahawa: 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah swt..:

1. orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. orang lelaki yang melarikan diri.

5. orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya(taubat).

6. orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. orang-orang yang suka makan riba'.

10. orang yang solatnya tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Solat adalah tanggungjawab seluruh orang mukmin terhadap Allah. Setiap kebaikan yang kita lakukan adalah mengikut penilaian Allah. Jadi, kita mesti buat yang terbaik..Semoga kita semua mendapat manfaatnya..


WaAllahua'lam..:)

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers