sayyidul istighfar



Monday, June 28, 2010

Tak rugi pun..insyaAllah..

Ucapkanlah sayang sebelum terlambat. Ucapkanlah sokongan sebelum terlewat. Ucapkanlah cinta sebelum ia tiada..
Bukan susah untuk menyatakan sayang..bukan pelik untuk mengungkapkan kasih..

"ah, itu bagi mereka yang tak malu"
kata segelintir yang menganggap ungkapan kasih dan sayang hanyalah mainan kata-kata dan remeh.
Remeh? ianya remeh?
Cuba anda nyatakan pada seseorang kata-kata sayang anda..boleh?

jadi, itu yang anda katakan ianya remeh..?

 Sebelum memanjangkan bicara, kata-kata sayang yang dimaksudkan wanie ni ialah pada kedua ibu bapa dan keluarga..bukan untuk mereka yang bercintan cintun ya..tak baik tuuu...

"ibu, saya sayang ibu..sayang sangat.."

"abah...love u.."

"mama, selamat hari ibu../selamat hari lahir/ selamat malam..."

"ayah, selamat hari bapa../selamat hari lahir/ selamat berehat.."

betapa gembiranya kedua ibu bapa kita bila anak-anaknya mengungkapkan kata-kata seperti di atas..walaupun ianya hanyalah sebaris ayat..

Tetapi, ramai yang wanie lihat, mereka yang berkasih sayang @ couple ("belum berkahwin) ni tiada segan silu pula menyatakan kasih sayang kepada pasangan masing-masing..via handset lagi..eh, yang lebih advance, via Facebook...kononnya romantik..uuh..kalaulah mereka tahu, tiada pahala pun berbuat demikian, malah boleh menjerumus ke keadaan yang dimurkai Allah pula jika tidak dibendung..
 Ni yang silapnya penggunaan teknologi..diputar belit untuk memuaskan rasa sendiri..bercerita dan berkongsi sesuatu yang adakalanya tidak sepatutnya diluahkan di Facebook dan juga mana-mana laman sosial lain..alahai..janganlah terlalu ekstrim sangat dengan teknologi yang akan menjerat mereka yang alpa pada bila-bila masa sahaja..ada tu, mereka yang cukup menjaga kesopanan dulunya, sudah mula menunjukkan ciri-ciri yang kurang elok..(sigh..)

Sahabat sekalian, memanglah menjadi satu keberatan bagi mereka yang tidak biasa dengan ucapan-ucapan sebegini dengan ibu bapa mereka, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang rapat dengan ahli keluarga..tetapi..cuba lah, pasti anda akan rasa kelainan dalam diri..rasa bahagia..kalau masih segan..hantarlah SMS..tak rugi pun..
malahan, kalau dididik dari kecil, ia boleh membawa kepada terbinanya keluarga sakinah..keluarga bahagia..insyaAllah...


wanie ada terbaca petikan dari buku agama, yang menyatakan, niat yang seiring dengan ekspresi verbal ini mampu meneguhkan niat kita..
Kalau kita hanya nyatakan dalam hati ' saya sayang ayah saya' lain rentaknya dengan anda sendiri menyatakan pada ayah anda..

 Samalah juga dengan solat kita..kita niat dan diekspresikan secara verbal kan? jadi...

'ianya sungguh cerdas' bak kata M. Siddiq Mustika...

p/s: peringatan buat diri sendiri dan para pengunjung bintang hati..:)

3 comments:

Anonymous said...

saya setuju..zaman skrg ni, ada kemudahan pun dimanipulasi oleh pihak yg krg bertanggungjawab. bg artis pula, byk yg gunakan laman sosial ni utk tujuan kata mengata.. ~Amir

Anonymous said...

Ya.. Sy cb ikut nasihat ni

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

alhamdulillah..sama2 kita usaha ke arah yang lebih baik..insyaAllah..:)

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget