Salam kembali semua pembaca bintang hati..Alhamdulillah, dapat juga wanie 'update' blog kesayangan ni setelah berhari-hari ianya sepi..ehehe..
Banyak juga wanie kumpul cerita untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian..Tapi sebelum tu, wanie nak buat entri khas buat adik wanie, Nur Farahana Pauzi sempena dengan hari lahirnya..yang ke 50..opps..silap, yang ke 21..peace..
Malam sebelum hari lahirnya, kami sekeluarga berpakat untuk membuat kejutan..dan memang ianya kejutan!!
Seronok..apa lagi, jom layan gambar istimewa..
haa..belon istimewa..warna biru dari abah, warna hijau dari mama, warna merah dari abg cik, warna ungu dari adik faisal, warna jingga dari nenek kami..wanie? warna merah jambu la..:p
ini pula kek birthday girl..sweet tak?..3 batang lilin bagi wanie sendiri maksudnya 'I Love U'..
Kek ni dari sahabat-sahabat kak ngah yang sangat baik denganya..cantik dan sedap sangat..
hmm..di sini (harap kak ngah baca ni, hehe) kakak ucapkan selamat hari lahir yang ke 21..bertambahnya umur bermakna bertambahlah tanggungjawab yang perlu dipikul, taatlah pada perintah Allah dan RasulNya, patuh pada ibubapa, dan jangan lupa belajar bersungguh-sungguh supaya cita-cita untuk menjadi 'radiologist' tercapai ya..insyaAllah..:)
Kenangan Aidilfitri 2009 bersama kakngah
0 comments:
Post a Comment