sayyidul istighfar



Friday, July 30, 2010

Beautiful girl..

haa..ada yang tersenyum tu bila baca entri wanie kali ni..ehehe..terutamanya untuk kaum perempuan..ala..untuk kita-kita aje..eh, yang lelaki?? hmm..boleh..untuk mak dan isteri boleh..

jadi, macam mana nak jadi cantik??

ai cik wanie ni, nak jadi beautician pula? he..tak adalah, sekadar berkongsi tips-tips berguna..

Kalau pasal kecantikan..mestilah nak dari dalam dan terpancar di luar..ye tak?

Tapi..kali ni bukan pasal makeup dan makeover okey..

bukan pasal ni ya.. :)

Ianya mudah kalau dimudahkan, dan mungkin juga susah kalau disusahkan..

Bagi wanie, kalau nak cantik:

1. kena selalu senyum...ha..senyuman yang ikhlas tau..bukannya senyuman sinis, senyum buat-buat mahupun senyum kambing..eh?

2. kena berfikiran positif..maksudnya, tidak terlalu memikirkan benda yang tidak-tidak..

3. selalu mengambil wuduk..haa..amalan ni memang mujarab, insyaAllah..secara tidak langsung, kita sentiasa dalam keadaan suci dan bersih kan..

4. memandang ibu bapa dengan pandangan kasih sayang..sejuk hati kan..

5. tidak ego dan sombong dengan kelebihan yang dianugerahkan Allah..

6. menutup aurat..percayalah, ianya lebih cantik..

7. sentiasa berfikir untuk berzikir..macam mana tu?? kita lihat sesuatu kejadian tu dengan rasa agungnya ciptaan Allah dan memuji kebesaranNya..

8. memakai pakaian yang bersih dan harum..pakaian yang lama tak apa, asalkan bersih..

9. sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesalahan orang lain..ianya salah satu akhlak yang mulia. Bukankah berakhlak mulia akan menjadikan kita tenang? dan hati yang tenang itu cantik..

10. makan dan minum dari sumber yang halal..

11. tidak berhias dan makeup secara berlebihan..cukup untuk penampilan yang segar dan memberi keyakinan pada diri..

Sebenarnya banyak lagi tips yang nak disampaikan..tapi, wanie hanya senaraikan 11 perkara untuk panduan bersama..

Anda nak cantik? anda tentukan!

p/s: Kepada adik wanie, Adik Faisal, semoga cepat sembuh ya! :)

Wednesday, July 28, 2010

So. tell me about yourself..?

Syukur alhamdulillah..tempat temuduga untuk calon Guru Sandaran Terlatih keluaran IPTA sudah diketahui..wanie dapat tempat temuduga di SM Teknik Pengkalan Chepa pada 5 Ogos ini..ya, sebelum tarikh konvokesyen ku..
Sahabat wanie, mirah a.k.a miyau pun dapat tempat sama..ai..apa yang mereka akan soal ya? tapi, dengar kata, yang dapat biasiswa KPM, tak perlu temuduga sangat kecuali ujian INSAK sahaja..hm..tapi kami pun tak pasti..jadi, kena bersedia lah..

" kakak kena get ready, tengok balik paper yang ada tu pasal isu semasa, cari dalam internet maklumat pasal tu..gunalah pengalaman mengajar tuisyen sebaiknya.." pesan ayahanda wanie yang tersayang..Baiklah abah..

Kepada kawan-kawan, selamat menduduki ujian INSAK dan temuduga itu ya..

Lets say..question like this : "So, tell me about yourself..?"

simple right?? hee..All the best...:)



GURU PEMBINA BANGSA BERJAYA..insyaAllah..

p/s: "Berikan ilmu kepada akal supaya tahu, suntikkan iman kepada hati supaya mahu dan berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu.." ---Hasrizal Abdul Jamil @ Murabbi Cinta

Sunday, July 25, 2010

Bila bergelar cikgu


Bergelar seorang guru..dari kecil ingin diletakkan perkataan ‘cikgu’ di pangkal nama yang diberi oleh mama dan abah. Alhamdulillah, dipermudahkan Allah untuk meraih cita-cita…

Wanie sering ditanya oleh mereka yang mengenali diri ini termasuklah anak-anak murid, kenapa ingin menjadi cikgu sedangkan keputusan SPM wanie 10A?

Haa..soalan yang cukup senang dijawab namun susah nak difahamkan..

Bila sudah banyak kali menggantikan cikgu di tuisyen, banyak subjek yang telah diajar dan dikongsi termasuklah fizik, matematik, bahasa inggeris dan sains…hm, ternyata..menjadi cikgu banyak keistimewaannya!

Kenapa ya?

Secara sedar atau tidak…bila bergelar guru, anda juga turut bergelar ahli fizik bila mengajar tentang ilmu fizik..anda telah menjadi pakar pemakanan bila menerangkan tentang sistem pencernaan dalam manusia, lagi…anda diberi peluang untuk berdakwah menyampaikan nasihat dan panduan..ya, ia boleh diselit dalam pengajaran dan pembelajaran anda…dan anda juga turut menjadi kaunselor bila diminta memberi pendapat tentang sesuatu…Alhamdulillah..

Wanie suka bercakap..suka menyatakan pandangan…jadi, dalam sesuatu masa, kita juga sebagai personaliti di depan para pelajar dalam menyampaikan ilmu..tips: kena jaga lah penampilan, komunikasi dan cara gaya yang meyakinkan dan mesra..

Kata orang, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga…

Ya, wanie masih terlalu muda dalam dunia pendidikan..terasa segan dan kagum bila melihat guru-guru yang sudah lama menabur bakti dengan bekal minda..uban-uban yang mulai tumbuh di kepala seorang cikgu yang sempat berbual bersama, menyatakan beliau dengan dunia pendidikan sudah memang sebati..

Pengalaman adalah ‘guru’ berguna! Ya, wanie setuju.

Mencari pengalaman adalah salah satu cara kita mematangkan diri dalam menjejakkan kaki ke alam karier kita yang sebenar..Jadi, jangan segan memohon kerja sambilan yang boleh menaikkan semangat, kredibiliti, dan ilmu anda untuk masa depan..


Niat ikhlas kerana Allah dan mulakan langkah pertama anda..
semoga sentiasa dalam keberkatanNya..aminn..:)

Thursday, July 22, 2010

Mengapa kau..

Bila manusia dianggap boneka
Hilanglah halal dan juga haramnya
Mengapa dia dijadikan mangsa
Sewaktu diri dibelenggu dosa?

Mana akhlak dirimu yang didamba,
Mana peganganmu di saat tergoda,
Hasilnya kau buang merata
Mudahnya kau hilangkan derita

Buka lah pintu hatimu untuk bertaubat
Sebelum semuanya jadi terlambat
hidupmu akan menuju akhirat
Tidakkah engkau mahukan syafaat?

Andai diri tersedar kini
Segeralah memohon petunjuk Ilahi
Berkat usaha niat yang murni
InsyaAllah, ianya kan diberkati

nukilan,
Nur Hazwani Pauzi

Puisi di atas adalah sumbangan wanie kepada kempen kesedaran kepada jenayah pembunuhan bayi yang semakin berleluasa..Ya Allah, lindungilah mereka yang tidak bersalah..berikanlah kesedaran kepada yang telah berbuat dosa besar itu..Ya Allah, lindungilah kami dari kejahatan dan bisikan syaitan yang direjam..

Sunday, July 18, 2010

Tasty odour fruit, anyone?

Semalam, balik kampung abah lagi..tengok-tengok rumah baru..hmm, ingatkan dapat jumpa si comel cute miut Dayana, tapi..tak dapat sebab ikut datuk dan neneknya ke Cameron Highland..ada kenduri kata pakcik wanie.
Dayana, anak sepupu wanie..kecil lagi..comel sangat..pandai buat banyak gaya pula tu..antaranya gaya 'calling ibu', gaya 'give me 5', gaya 'sujud dalam solat', gaya menari dan macam-macam lagi..alahai..memang geram sangat..
Nanti, kalau ada peluang, wanie letak gambar si cilik ni ya...:)

Oh ya, memandangkan sekarang musim buah-buahan, alhamdulillah..dapat juga wanie rasa buah rambutan yang abah tanam di tepi rumah baru kami dan juga buah durian Ayah Ngah..suka sangat! semua tu buah-buahan kegemaran la katakan, mestilah best. Durian yang isinya kuning, kecil-kecil dan rasanya manis..hmm..memang nikmat..Alhamdulillah..Kalau mama dan abah, suka makan pulut durian, wanie pun suka juga tapi tak banyak sangat lah makan..Durian ni juga sedap dibuat tempoyak, eh..kak kiah..cuba rasa, mesti tambah dua pinggan nasi tu..hehe..

Buah rambutan belum pun masak sepenuhnya, ada juga yang masih kuning, tapi..seronok bila dapat menikmati rezeki dari Allah itu di bawah pokoknya..Sambil memetik, sambil bergambar...

ehehe..adik, apa lagi, snap gambar kakak jap...

Makan rambutan, teringat pula kat kak ngah, dia lah peminat setia rambutan..

Dalam perjalanan pulang ke Kelantan, wanie sempat membaca beberapa helai muka surat dari buku yang wanie beli hari tu..hm, macam ada kena mengena pula..pasal buah-buahan juga..

Penulis bercerita dengan anaknya tentang pokok durian yang tumbuh di tepi sebatang sungai di kampungnya.  Di tepi pokok itu, ada pokok cili..Tapi, walaupun kedudukannya dekat antara satu sama lain dan mendapat nutrien dari tanah yang sama, namun, ia tetap mempunyai buah yang berbeza rasanya kan? rupa bentuk pun berbeza..durian dengan rasa manisnya, cili pula terkenal dengan pedasnya..hmm..Semuanya menunjukkan kebesaran Allah..SubhanaAllah..setiap kejadian ada keistimewaan dan fungsi tertentu dan tidak sia-sia..kan..:)

hmm..oklah, sudah agak lewat..nanti jumpa di entri lain pula ya..daa..:)

p/s: Mudah-mudahan diri ini dapat menjadi anak penyejuk hati keluarga dan juga dikurniakan Allah anak-anak penyejuk hati nanti..insyaAllah..:)

Thursday, July 15, 2010

Peristiwa 27 Rejab..

Israk mikraj..Terlambat ke wanie masukkan entri ni? hee..saja je ni..supaya kita tak hanya saling memperingati dan menasihati serta berkongsi hanya pada hari istimewa itu..malah, setiap hari pun kena cuba buat yang terbaik, nasihat menasihati dan mengingati apa peranan kita dalam memperbaiki diri..
samalah dengan hari ibu ataupun hari bapa..bukanlah hari itu sahaja kita nak buat baik kepada mereka..malah kita wajib berbuat baik setiap masa kan..Jadi, kewujudan tarikh-tarikh istimewa tertentu itu menandakan peristiwa penting yang perlu dihayati..bersama.
Kali ini, wanie tak nak cerita banyak perihal peristiwa israk mikraj..sahabat yang selalu online ke laman web agama, yang suka membaca buku ilmiah dan yang suka mendengar ceramah tu sudah pasti selalu sangat mendengar tentang israk mikraj kan..? Tak ketinggalan yang belum tahu apa itu israk mikraj, jangan bersedih, mungkin melalui bintang hati ini, anda akan dapat sedikit sebanyak tentang israk mikraj dan kepentingannya, insyaAllah..

Sebelum itu, apa maksud israk dan mikraj ya??

Maksud 'Israk' ialah perjalanan (rehlah) yang Allah SWT perlakukan kepada Nabi s.a.w. secara terhormat, bermula dari Masjid al-Haram di Makkah hingga ke masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis di Palestin.

Sementara maksud 'Mikraj' ialah kejadian yang berlaku ekoran dari peristiwa israk, iaitu naik dari al-Aqsa kepada beberapa lapis langit yang tinggi, sampai ke suatu peringkat yang tertinggi iaitu suatu tempat bernama 'Sidratul Muntaha' di mana ilmu dan akal manusia atau jin tidak mampu sampai kepadanya.

Kalau dulu, bila tibanya israk mikraj, wanie hanya tahu perkara penting yang membawa kerahmatan kepada orang mukmin ialah sewaktu mikraj, perintah solat yang diringankan menjadi 5 waktu..hmm..itupun masih ramai lagi yang ambil remeh tentangnya..

Antara peristiwa pada israk ialah:

1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).



2. Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.

3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Siti Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.

4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.

5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.
 
SubhanaAllah..betapa Allah SWT meninggikan darjat Rasulullah saw, junjungan kita..Jadi, hari ini, sudahkah anda berselawat kepada nabi tanda ingatan pada pemberi syafaat di hari akhirat nanti?
 
Jom kita berselawat...:)
 
semoga kita sentiasa diberi petunjuk dalam menjalani kehidupan di bumi Allah ini..amiin..
insyaAllah..
 
p/s: Alhamdulillah, tadi wanie dapat beli sebuah buku ilmiah bertajuk 'Murabbi cinta'..tak sabar nak baca sampai habis..he..

Wednesday, July 14, 2010

Experiences collector..2

Semalam wanie mengajar tuisyen lagi..Alhamdulillah..dapat mengisi masa terluang bersama anak murid tersayang selama 2 jam..mereka memang happening..semalam ajar subjek sains tingkatan 4 dan Sains tingkatan 5..

Pengalaman praktikal sewaktu tahun 3 dulu sangat membantu..ye la, kelas dapat dikawal dan mereka nampaknya gembira belajar bersama..


InsyaAllah, "cikgu akan ingat nama-nama students.."
Bagi wanie, itu sangat penting..walaupun hanya kelas tuisyen, tapi mereka tetap bergelar pelajar yang sedang belajar dengan seorang guru..jadi, biarlah kita 'treat' mereka dengan sebaik mungkin, supaya mereka berasa selesa dan gembira semasa belajar..insyaAllah..

Bila melihat ibubapa yang menghantar dan menjemput anak masing-masing, terdetik di hati ini..betapa mereka megharapkan anak-anak menjadi orang yang berguna. Duit boleh diusahakan, tapi pelajaran mesti yang terbaik untuk anak-anak..ya, tidak semua dari golongan berada yang pergi tuisyen, ada juga dari golongan berpendapatan rendah masih berusaha untuk belajar..gembira tengok semangat mereka!

Kak ngah (adik wanie) pernah cakap " dulu abah hantar kakak pergi tuisyen sebagai pelajar, sekarang abah hantar kakak pergi tuisyen sebagai cikgu.." hee...ya, tepat sekali ngah..

p/s: best dengar lagu 'kebahagiaan dalam perpisahan' dari shahir..

Monday, July 12, 2010

Experiences collector..

"Being a teacher is my passion".

That's the best sentence, good quote to show the real character as a teacher..Am i right?
ahaa..sounds so familiar here..well, i just took it from elsewhere..really touching for the first time i had read it..
ooh, my beloved parents always advices and support me via that phrase too..


Okay..so, what's the real story now??

First and foremost, i would like to say..Alhamdulillah..thanks to Allah, my creator..for giving me a great chance to grab the experiences as well as opportunities to shine my profession someday, insyaAllah.. 

This week, i have the chances, request and time to be a tuition teacher..where??
shh..it's my secret..hee..it is juz a stone throw from my home..located very near to USM..ahaa..correct.

Chemistry teacher. That form 5 science students really happening, same goes to the other form 5 class that i taught mathematics. Wait..and so my form 4 students :)..fun and curiousity..always have questions to ask and obey all the instructions to complete the lesson for about an hour..i like that attitude..:)

"Great success comes from the great efforts and don't forget the most important thing is, the relationship with our Lord, Allah SWT.."

good luck!

p/s: i'm so glad to meet someone on this August..:)

Thursday, July 8, 2010

ziarahi mereka..

Seusai melawat bapa saudara mama yang terlantar di Wad ICU Hospital Raja Perempuan Zainab 2, wanie duduk di deretan bangku yang disediakan oleh kakitangan hospital. Ramai juga para pelawat yang datang. Memanglah sebab masa tu waktu melawat..
Kali terakhir ke hospital ini bila ya? ooh..waktu nenek menjalani pembedahan hari tu..

Bila ada kesempatan memerhatikan gelagat orang yang lalu lalang di hadapan, hati wanie tersentuh bila melihat begitu ramai yang sedang menderita pelbagai penyakit..ah, kuatnya mereka melawan penyakit itu..
Seketika, ada yang dibawa masuk ke bilik pembedahan, diiringi oleh ahli keluarga yang memberikan kata-kata semangat buat pesakit itu..kelihatan seperti ibunya yang mententeramkan anaknya yang sedang dibawa ke bilik pembedahan..
"kuatkan hati mak cik. Anak makcik begitu sabar menghadapi dugaan Allah, semoga beliau cepat sembuh..insyaAllah.."

Macam-macam yang dapat dilihat bila berada di hospital..yang lebih teruk di wad ICU..uhh..yang sudah tidak sedarkan diri sudah lama pun dapat kita lihat..
Peluang menziarahi orang sakit jangan diambil remeh ya..sebab, agama islam memang menggalakkan kita mengunjungi dan melawat mereka yang sakit..ia dapat meningkatkan keimanan kita bila kita bersyukur dianugerahkan kesihatan yang baik..

Nikmat kesihatan adalah satu nikmat yang tidak terhingga dari Allah..
Bersyukurlah jika hari ini kita masih mampu menjamah makanan menggunakan tangan, merasa manis masam masinnya makanan, kita masih dapat berjalan dan memandu kereta menggunakan sepasang kaki ini..
Sungguh Allah maha pemberi nikmat..Alhamdulillah Ya Allah..dengan kesihatan yang baik ini, hambaMu dapat beribadat kepadaMu dengan lebih sempurna dan dapat menjalankan rutin harian seperti biasa..

"jangan mengeluh jika kita tidak mempunyai sepasang kasut kerana ada orang yang tidak mempunyai kaki pun.."

Tuesday, July 6, 2010

Sayyidul Istighfar

Sayyidul istighfar..maksudnya penghulu istighfar..
Doa ini diajar oleh Rasulullah saw. Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian juga bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal dunia selepas itu, maka dia tergolong dalam golongan ahli syurga.

Subhanallah..begitu besar nikmat hambaNya yang mengabdikan diri mengharapkan keredhaanNya..
Jadi, kita sudah ada peluang itu..janganlah dipersiakan..

Di bawah ni wanie sertakan sayyidul istighfar tu..kita cuba praktikkan doa ini ya..mudah saja, insyaAllah..:)

maksudnya:


      Rajah di atas wanie google..petikan ayat diambil daripada buku 101 Doa daripada hadis-hadis sahih..
Selamat beramal sahabat..

Monday, July 5, 2010

Calon ibu mithali

Boleh jadi ibu mithali!!!

Itulah yang boleh wanie ungkapkan buat seorang makcik yang duduk bersebelahan dengan mama wanie  di Stesen Bas Langgar, Kota Bharu..
Wajah tua si ibu melambangkan usaha penat lelah beliau selama ini menggalas tugas membesarkan 9 orang anak yang ditinggalkan ayah..ya ibu tunggal.

Pada mulanya, mama yang berbual dengan makcik itu..mama wanie memang selalu ramah dengan orang..samalah dengan nenek wanie..wanie pun harap dapat jadi peramah macam tu dan pandai bercakap dengan orang sekeliling..bagus tu, daripada senyap sahaja..sampaikan orang sebelah boleh berkata dalam hati ' eh, ada orang tak di tepi aku ni..senyap je..' hee..:p

eh, kejap, kenapa wanie ke stesen bas?
Sebenarnya, kak ngah pulang ke UIA hari ni..bermulalah semester barunya selepas exam nanti..selamat berjaya adikku..:)

 Mak cik ni pun turut menghantar anaknya ke Pulau Pinang...mesra sungguh anak beranak..rupa-rupanya anak sulung nya itu lah yang membantu beliau menanggung kos pelajaran adik-adik..sampai kakak tu kahwin lambat supaya dapat menanggung adik-adiknya sampai berjaya..wah..hebatkan kakak mereka, anak mak cik tu..

Dahulu, dengan menjual hasil di kebun lah yang dapat menampung anak-anaknya..ya, hasil seperti sayur-sayuran dan buahan seperti pisang..
 Mama teliti mendengar kisah mak cik yang boleh dipanggil mak itu..:)..ah, macam wanie juga, cepat tersentuh..:)

Kini, setelah kesemua anaknya berjaya, mereka pula yang menolong si ibu..Alhamdulillah..mak cik itu dapat kehidupan yang lebih selesa sekarang dan yang beliau tambah bersyukur ialah kesemua anaknya menjadi anak yang baik dan berbudi, tiada yang membuat onar dan beliau berdoa semoga ianya berpanjangan..Semuanya kerana limpah kurniaanNya kepada hambaNya yang bersabar..

Cerita mak cik ni boleh membuatkan diri ini bersyukur dengan kurniaan Allah selama ini..
rezeki yang Allah bagi menjadikan kami sekeluarga dapat menikmatinya mengikut kemampuan kami..tidaklah mewah, tapi sempurna..Alhamdulillah..

Ya Allah, berilah perlindungan kepada mereka yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMu itu..

Jadi, para sahabat...tidak rugi kita meluangkan masa, biarpun sedikit untuk mendengar kisah sebegini sebagai panduan..bagi mereka yang masih mempunyai ibu, ayah, nenek, datuk mahupun sesiapa saja, dengarlah cerita mereka, cerita tentang kegigihan mereka dalam mengharungi hidup ini..ia boleh membuatkan kita berfikir dan cuba menilai diri sendiri..itu lah pesan mama wanie.

Bila difikirkan lagi, lebih baik bercakap dengan mereka seperti ini daripada memperuntukkan masa berjam-jam mencari video kegemaran dalam Youtube mahupun bersembang dan menulis diari sendiri melalui FB kan..sekadar peringatan untuk diri dan pembaca setia bintang hati..:)

ibuku..bidadariku..

p/s: malam semalam, mataku bengkak..alahai...

Thursday, July 1, 2010

Tarikh pentingku...

Alhamdulillah..lega sudah satu perkara...apa dia? hee..pengisian borang posting..wah..tak lama lagi jadi cikgu la ya wanie..insyaAllah..
sekarang sedang sibuk menyemak dan menyusun jadual untuk tarikh-tarikh penting bersempena dengan hari konvokensyen wanie, iaitu insyaAllah pada 9 Ogos 2010 ini..
ok..
sekarang  nak letak tarikh-tarikh penting..panduan untuk kawan-kawan yang akan bergraduat bersama wanie nanti..hehe..
check it out!!

1. Sila jelaskan yuran RM 110 sebelum urusan pengambilan jubah konvo. Sila bawa bersama resit bayaran yuran konvo ketika pengambilan jubah bermula 31Julai 2010 - 6 Ogos 2010

2. Sidang konvo masing-masing boleh disemak bermula 3Julai 2010 di laman web ukm/konvo

3. Isi Kajian Pengesanan Graduan 2010 (KPG) melalui laman web http://graduat.mohe.gov.my. mulai 1 Julai 2010 sehingga 6 Ogos 2010. Sila cetak dan bawa bersama slip pengesahan kajian tersebut semasa mengambil jubah.

4. Graduan juga dikehendaki mengemaskini maklumat terkini di dalam Sistem Maklumat Alumni UKM (SMA) di laman web www.ukm.my/alumniukm.

5. 19 Julai 2010 boleh mula semak tempat temuduga, insyaAllah

Ya Allah, permudahkan urusan kami..amiin..:)

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers