sayyidul istighfar



Wednesday, January 20, 2010

maafkan aku dik..

Ada satu cerita. Cerita bermula di sebuah rumah yang usang, buruk dan tiada kelengkapan perabot nan mewah. Cukup untuk keselesaan tetamu duduk, lampu panjang yang dipasang menjelang malam hari, almari pakaian untuk menyimpan pakaian yang masih baru pemberian sanak saudara dan tetangga..yang ternyata jarang sekali dipakai pada hari-hari biasa dan untuk menyimpan dokumen penting keluarga. Oh ya, sebuah peti sejuk untuk menyimpan makanan yang sengaja dibahagi-bahagikan supaya dapat menikmatinya lagi keesokkan hari..Penghuninya bagaikan sudah mengetahui yang jarang sekali tetamu sudi bertandang ke rumah mereka. Ada la juga. Itupun ketika hari raya..si ibu, kuat kerjanya. Pagi-pagi sudah berpeluh, malam hari menganyam tikar mengkuang, pesanan orang di pekan. Si anak sulung sudah lama berhenti sekolah. Hendak membantu ibu katanya. Tiga orang anaknya yang lain jarang sekali kelihatan bermain bersama rakan-rakan mereka. Mana taknya, hari minggu perlu mengikuti si abang ke pekan mencuci pinggan mangkuk di restoran. Jauh juga. Tapi mereka turun seawal pagi untuk berjalan kaki menyusuri jalan raya bertar.Duit tambang ada. Tapi..
" hmm, kalau kita simpan duit tambang ni untuk makanan keluarga kita nanti lagi baik kan dik? kita jalan kaki ni pun akan menjadikan kita sihat..samalah macam orang-orang kaya yang berjogging pada waktu pagi tu.."
Adik-adiknya hanya mengangguk. Bersetuju dengan Abang Long. Setiap kali mereka hendak pergi berkerja pun selalu mendengar kata-kata seperti itu dari abang mereka. Si ayah? ayahnya sudah lama dijemput Tuhan Rabbulalamin..semenjak itu lah, mereka seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang..kalau tiada apa-apa untuk dimakan, mereka masih boleh mendapatkannya di belakang rumah..ya, mereka bercucuk tanam secara kecil-kecilan..pelbagai sayuran mereka ada. timun, kangkung, kubis, terung dan juga buah tembikai..subur pula tanaman di situ, sedangkan Mak Cik Senah iaitu jiran mereka cuba bercucuk tanam di situ asyik kurang menjadi sayur-sayurannya..hairan si ibu beranak satu itu bila melihat sayur-sayuran jirannya tumbuh subur..
Berkat rezeki yang diperoleh hasil jualan sayur, dan kerja-kerja lain, maka si ibu dapatlah membesarkan anak-anaknya sehingga mereka berjaya..berjaya menjawat jawatan tinggi dan bergaji besar..
'hebat sungguh anak-anak Mak Nab' .Itulah antara ungkapan orang-orang kampung bila bercerita tentang keluarga Mak Nab.Tetapi.. bukan semuanya berjaya..ada seorang yang masih bekerja di restoran yang sama..ya, si abang ,Iskandar. Raut wajahnya tenang sahaja apabila diejek oleh anak-anak kampung lain tentang 'status'nya yang jauh ketinggalan berbanding adik-adiknya yang lain..dia sedikit pun tidak marah mahupun menarik muka bila dirinya dilukai oleh adik-adiknya sendiri lantaran tidak dapat menghantar ibu mereka yang sakit-sakit di rumah.."tu la abang, nak hantar mak pergi jumpa doktor pun tak dapat..ye la, mana la nak dapat duit..setakat kerja mencuci pinggan di dapur..berapa sen sangat..lain kali bagitahu kami kalau tak cukup duit..kesian mak.asyik batuk je.' sinis kata-kata Amran,adik yang kedua.
Iskandar hanya melemparkan senyuman dan meminta maaf sambil berlalu pergi..dua tiga hari ini kepalanya selalu pening-pening, ah..penat kerja agaknya..
" Is, mak nak Is berehat kat rumah..mak tengok Is ni pucat je muka, penat sangat agaknya..tak apalah, kan abang ngah,abang cik dan usu ada kirimkan duit. cukup makan minum kita.." ,

"tapi mak sedih sangat tentang mereka tu..duit saja sampai tuannya jarang balik rumah, sudah ada kerja, masing-masing sibuk sampai nak jenguk mak pun tak ada masa. apatah lagi nak balik bersembang adik beradik, makan bersama, bermalam sehari dua.." rintih Mak Nab.

hmm..Iskandar bukan tidak tahu perasaan ibunya yang dikasihi itu..setiap hari pun ibunya akan mendail nombor telefon adik-adiknya..bukan tak dapat talian. Tapi talian sengaja diputuskan Mak Nab sendiri setiap kali hendak mendail nombor terakhir..takut mengganggu katanya.

'mak,mak..selalu fikirkan orang lain..perasaan sendiri langsung tidak difikirkannya..hati seorang ibu..' Iskandar bermonolog..Pernah juga hatinya berhasrat untuk meminta adik-adiknya pulang pada hujung minggu menjenguk ibu..tapi, baru hendak membuka mulut sudah berbakul -bakul perkataan tidak sedap didengari dilempar ke arahnya..'ah, abang long ni, mak tak apa-apa, dia pula yang suruh kita pulang..orang banyak kerja la..bukan macam sesetengah orang yang duduk kat rumah je tiada kerja..' kasihan si Iskandar..lain yang diniatkan, lain yang didapatnya.

Suatu hari..seperti biasa ibu kesayangannya akan memanggilnya bersarapan, ubi kayu rebus dan kopi panas..memang kegemaran Iskandar. Berkali-kali Iskandar menyatakan dia boleh bersarapan di tempat kerja dan tidak mahu menyusahkan ibunya melayannya setiap pagi..hm..ibunya sendiri senang hati menyediakannya untuk Iskandar..

Tapi hari itu istimewa sikit. Biasanya Mak Nab menyediakannya setelah selesai sembahyang sunat dhuha..tapi, pagi itu, hatinya beria hendak menjamu anak sulungnya sarapan..selepas selesai solat subuh terus dia ke dapur..kakinya yang lebam seiring usia mengatur langkahnya menuju ke dapur..Selepas semuanya terhidang, Mak Nab memanggil nama anak yang dikasihinya..secepat itu juga Iskandar sudah berada di depan ibunya. Tidak dibiarkan ibunya memanggilnya terlalu lama..pantas sekali menyahut panggilan ibunya. Berselera..kopi dihirup dan ubi rebus pula dicicah dengan gula membuatkan ibunya berasa gembira dengan anaknya..pandai dia menghiburkan hati si ibu dengan makanan yang disediakan..selepas menjamu selera bersama ibu, dia meminta izin masuk ke bilik menukar pakaian untuk ke tempat kerja.

hmm..lambat benar Iskandar keluar dari bilik..selalunya dia akan bergegas ke tempat kerja kerana dia sangat berdisiplin dan patuh dengan jadual kerjanya walaupun hanya menjadi pembantu di dapur sebuah restoran..hati tua si ibu ingin mengetahui apa sebenarnya yang dibuat oleh iskandar sampaikan dia melewatkan masa kerja..lantas diselaknya tirai pada daun pintu..Is...


p/s: cerita bersambung..tunggu..

5 comments:

norwahidah athiyyah said...

salam k.wani..

will wait 4 nex episode...excited..!!!

kte xde pn dlm list sape ad blog k.wani..sdey2..sob sob

Anonymous said...

wassini.. sy dh tgk cerita tu, sebenarnya iskandar sembunyi2 makan budu dlm bilik.. hhee, gurau je cikgu, peace..

MH

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

wa..ok wa, tunggu ya..hu..sokmo nk letak wa dlm list tu tp xigt sokmo..tq 4 reminding me..:)

MH: well..tahniah MH, sy xterfikir pun nk buat mcm tu..good idea..tq..peace..

Anonymous said...

i know that story..but..cpt la wanie...nk tau ni..huhu..='( ainur..

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

ini cerita rekaan sy ya..tiada di copy paste mana2..

ainur: ya..nak tekan butang publish ni..ha2..

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers