sayyidul istighfar



Friday, April 30, 2010

Hot spots..

Walaupun mengemas menjadi hobi wanie sejak kecil, tapi ada kalanya mengemas akan menjadikan sakit-sakit badan!

hee..apa taknya, hari ini, bermulanya aktiviti mengemas untuk balik kampung..

yeah! Pagi tadi, pada jam 10 am, tamatlah peperiksaan wanie, setelah 4 tahun, alhamdulillah..dapat juga habiskannya..

oh, esok tunggu keluarga wanie datang menjemput..:) alamak, teringat pula barang yang banyak ni..muat tak kereta??

Sebelum meninggalkan UKM kampus tercinta ini, wanie sempat juga bergambar di sekitar fakulti..pengambaran mengambil masa 2 hari ( macam artis pula), maklumlah, masing-masing sibuk dengan program dan peperiksaan..

Ok, jom kita layan beberapa gambar kenangan dari 'folder UKM hot spot' hee..

di Fakulti Pendidikan..

bersama sahabat yang turut serta.ainur dan ifa baru balik exam..:)

Bukan sebarang Fakulti..membawa nama bakal guru cemerlang ke arah membina insan seimbang. insyaAllah..:)

Ni hari kedua..di kawasan sudut pidato..kawasan ni selalu masuk 'paper'..jadi, rasa glamour sikit ya. jangan marah ya kak kiah..


ehem..mirah di samping bangunan kesayangannya..ye ke? :p

eh, banyak lagi barang tak kemas ni..esok dah nak 'check out'..oklah ya..daa..:)

Monday, April 26, 2010

Tau tak apa

Salam gembira semuanya..sudah lama rasanya tidak memberikan entri baru untuk bintang hati. Setiap kali 'online' pun wanie memang buka blog ni, tapi belum sempat menaip sesuatu. Oh ya, peperiksaan makin dekat ni, mungkin sebab tu rasanya buka internet pun sekejap-sekejap..tak apa, selepas peperiksaan ni dan waktu cuti nanti mungkin bintang hati ni sentiasa ada pembaharuan..eh, macam mana tu wanie? hee..biar lagi mantap dan comel . Jadi, para peminat bintang hati tu, sudi-sudikanlah jari jemari anda menyemak blog ini dari semasa ke semasa..hee..
Semalam, wanie baru habis membaca buku karya Dr.HM Tuah..tajuknya 'Tau Tak Apa'..santai je bunyinya kan? ya, penulisannya pun agak santai dan mudah difahami..bagus juga, boleh menaikkan motivasi dan keterampilan..insyaAllah.


Bila berbicara tentang matlamat jangka panjang mahupun jangka pendek, kita seringkali tersasar..biasalah tu kan..ada je yang ter'miss'. Tapi lain kali, bila mahu membina sesuatu perkara, cuba tetapkan matlamat anda tinggi-tinggi, besar-besar, kerana apa yang akan dapat akhirnya selalu bawah sikit dari apa yang kita matlamatkan kan? Jadi, biar matlamat besar, kalau tak tercapai matlamat sebesar tu pun, kita masih lagi dikira ok sebab di bawah sikit..Tapi, ada juga yang dikurniakan pencapaian yang melebihi matlamat, bukannya tidak ada.
Nak jadi baik, jadi rajin ataupun nak jadi kaya banyak caranya, tak semestinya duit saja yang dipanggil rezeki tau, kesihatan, keceriaan, kemampuan menyelesaikan masalah pun dianggap rezeki. Jadi, kita harus mensyukurinya, bukan merungut tak tentu pasal. cuba tenangkan diri dulu, istighfar dan fikir baik-baik, insyaAllah rezeki dari Allah ada di mana-mana.Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua ya..

hmm, ok lah..masa beradu dah ni..hee..nanti jumpa lagi di entri seterusnya..insyaAllah. semoga kita, keluarga kita dan sahabat sekalian sentiasa diberi rahmat dan petunjukNya..amiin...

waAllahua'lam..:)

Saturday, April 24, 2010

Lunch at Kopitiam..

Hajat di hati ingin menikmati sate kajang..tapi, 'chicken chop' yang menjadi hidangan! ha2..opps..sebelum tu..Alhamdulillah..sedap juga makanan tadi. Sebenarnya, hari ni wanie bersama sahabat iaitu Radiah, Maszeni, Ros dan Sabariah mengadakan 'majlis perpisahan kecil-kecilan'..hee..ye la, kami memang rapat, jadi sempena dengan hari-hari terakhir kami di UKM tercinta ini, kami mengambil kesempatan untuk mengeratkan lagi silaturrahim..:)
ha? kenapa tak jadi makan sate? sebenarnya, kami pun baru tahu yang Sate Sahmuri beroperasi pada jam 4 petang pada hari Jumaat..jadi, oleh sebab kami sampai awal sangat (makan tengahari), Sabariah selaku empunya kereta pun memberi cadangan makan-makan kat...kat..kat Metro Point Kajang, lebih tepat lagi.."Station Kopitiam". Ok juga menjamu selera di situ..harganya pun berpatutan..
jom..layan gambar..

sebelum makanan sampai...

hee..best! i like it..

Terima kasih encik 'waiter' kerana tolong 'snap' gambar kami..

Terima kasih ya kawan-kawan..semoga ikatan persahabatan ini sentiasa mekar ya..keep in touch! :) 

Wednesday, April 21, 2010

Ke Kota Keriangan!

Dua hari lepas, kami bercadang untuk ke tempat yang kami telah lama ingin pergi..iaitu Genting Highland..Kami? ya..Aidah, didi, Hilyani, Soli dan Wanie..sudah lama tidak berkunjung ke Kota Keriangan ni, kali terakhir ke sana sewaktu sekolah menengah, bersama keluarga..hmm..ternyata, banyak perubahannya..
Apapun, wanie cerita sambil tengok gambar-gambar ya..jom!

Bas dari Hentian Kajang berhenti di tapak 'skyway'. jadi, kami perlu menaiki kereta kabel yang comel ni..gondolanya hanya boleh memuatkan maksimum 8 orang..sambil menikmati panorama hutan hujan khatulistiwa ini, kami dapat mendengar bunyi sahutan haiwan-haiwan hutan..hmm..monyet kot.

Dalam kereta kabel. oh ya, untuk pengetahuan, kereta kabel di Genting Highland ni adalah yang terpantas di dunia dan terpanjang di Asia Tenggara..hebat kan? hee..

eh, baru teringat..kat sini lah kami sekeluarga pernah bergambar suatu ketika dahulu..hmm..tong sampahnya masih di situ?

ok..sebelum bergembira, jom sarapan dahulu..jangan tak tau, kami siap bawa bekal sendiri tau..berkelah kat Genting..ewah2..

di mana ada kamera...di situ ada senyuman..peace..

setelah turun naik lift..kami sampai ke destinasi yang sebenar..ni kat 'Bintang Walk'..

Ambil gambar kat 'signboard' macam ni penting ya..

welcome to Genting theme park..! eh, tiket-tiket...

ni kat rumah coklat Beryl's...coklat buatan Malaysia ni..hm, wanie teringat cerita fairytale "hansel and gretel"..hee

rasanya, kotak coklat ni warna 'brown'..tapi kenapa jadi warna pink pula dalam gambar? konfius...hu

selepas terbang dengan 'spinner'..kami naik 'tea cup' pula..peningnya..

seronok 'boating' ni..macam naik kereta..eh?

kononya tengah memandu kereta antik..ada gaya juga la kan? :p

bear seiras dengan 'buddy' kat rumah..tapi versi besar..tak pelah, peluk pun jadilah..tq..

ni kat dalam bot 'dinasourland'..ok lah juga, dapat tengok dinasour buatan..

berehat di dalam Double Decker..

cantiknya..eh, macam taman tema yang wanie bina dalam 'roller coaster tycoon'...ha2..

oklah..dah nak balik..jom bergambar ramai-ramai..


                    Sebenarnya, banyak juga yang kami main dan ada juga yang tak sempat main..maklumlah kekangan masa dan juga hari hujan..jadi, semua permainan tidak berbumbung direhatkan seketika..tapi tak pelah, dapat jalan-jalan dengan kawan semestinya seronok kan..Alhamdulillah..

p/s: insyaAllah..gambar-gambar lain akan di'upload' dari semasa ke semasa..:)

Monday, April 19, 2010

Naimians..

Ada seseorang nak tahu macam mana wanie di zaman sekolah...hee..tapi, tak banyak gambar dapat ditunjuk, maklumlah masa tu, wanie masih belum ada kamera sendiri..Alhamdulillah, ada juga kenangan walaupun tak banyak..
Semasa di sekolah menengah, wanie bukan 'pelajar asrama'..berulang alik la setiap hari..rumah dekat saja..hee..
eh, malam ni tak nak taip panjang pun..nak tidur awal sebab esok ada aktiviti bersama sahabat satu fakulti..

jom layan gambar di bawah..petunjuk: 'pink dot' tu la empunya diri..:)

ni masa tingkatan 1..1 Ummu Kalthum (kaki tak dapat pijak sepenuhnya ke tanah..hee :P)

Tingkatan 2 Ummu Kalthum..wanie memakai serba putih sebabnya..wanie ahli PBSM..:) eh, mirah pula berkain merah jambu (Puteri Islam) sebelah Cikgu Khadijah..

Ni pula Tingkatan 4 Ummu Kalthum..dah tinggi sikit ni..hee..

Kenangan tetap kenangan, menjadi bahan sejarah peribadi dalam membina kehidupan seusai agenda demi agenda hidup..apapun, kenangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat sentiasa terpahat di hatiku..

sekian..daa..:)

Petua 3S..cubalah!

Seusai membaca sebuah buku yang sarat dengan nasihat, panduan dan membina potensi diri petang tadi, wanie berfikir sejenak..bukan berfikir tentang berapa jumlah buku yang telah dibaca setakat ini, tapi berapa banyak yang sudah dipraktikkan dari segala isi pembacaan ynag lalu? Benar, membaca senang, tapi melaksanakan apa yang dibaca itu yang payah..tapi wanie cuba..dan cuba..cuba untuk memahaminya seiring dengan kehidupan ini. Ternyata, buku-buku yang wanie jadikan peneman di kala sunyi, penghibur di masa lara ini pasti dapat memberikan senyuman..

Wanie suka dengan penggunaan analogi dalam kehidupan. Ia berguna untuk memantapkan pemahaman dan juga menjadikan orang faham maksud kita..

Sewaktu kecil, abah wanie selalu menggunakan analogi dalam mendidik kami..analogi yang bersesuaian la..dan ya, ia berkesan. Wanie masih ingat ketika abah mengajar matematik setiap malam setelah selesai solat isyak, abah selalu memberi 'clue' untuk menjawab soalan yang agak sukar..
abah cakap "sama lah macam nak mendapatkan buah rambutan di pokoknya. kita boleh guna galah, boleh juga memanjat pokok itu, dan juga dengan melontar.." maksud abah, dalam menyelesaikan sesuatu masalah, macam-macam cara boleh digunakan, mungkin berbeza tempoh masa tapi hasilnya sama..

Bila membaca penulisan mereka yang berilmu ini, terasa masih banyak yang tidak dikatahui. Lemahnya diri ini..benarlah kata orang, semakin membaca, semakin banyak yang kita tidak tahu..itulah gunanya membaca..dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang lepas juga menyentuh isu 'peranan membaca'..terkejut wanie bila ahli panel mengatakan mengikut statistik, secara puratanya, rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku sahaja dalam setahun..
hmm, maknanya, kenalah berubah ya..buat sedikit-sedikit dahulu..baru istiqamah..
cuba amalkan 3S:
Sedar, Sedikit-sedikit, Sekarang

apa? tak faham? hee..begini,
mula-mula sedar kelemahan diri, pastu berubah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan, dan jangan tunggu esok untuk berubah kerana ia boleh membunuh potensi hari ini..jadi, buat sekarang..!

Semoga apa yang wanie baca juga dapat mendekatkan diri pada Nya, juga dapat berkongsi dengan pengunjung Bintang Hati ni, insyaAllah..

Semoga kita sentiasa diberikan petunjuk di dunia dan di akhirat..amiin..

p/s: nak sambung baca untuk peperiksaan pula ni..tunggu post akan datang ya! :)

Sunday, April 18, 2010

4 Tahun..akhirnya.

Malam ni terasa mahu tidur lewat pula..ah, mata sudah menunjuk tanda-tanda boleh beradu, tapi hati masih ingin mengadap laptop ini, bukan 'chatting' atau ber'facebook' ya..tapi, apa lagi kalau bukan melihat-lihat blog kesayangan ni..seraya, lagu nasyid kumpulan Brothers diklik..lagu paling disukai dari kumpulan ini ialah 'teman sejati'..hmm..bila mendengar alunannya, terasa mahu menaip sesuatu di sini..
eh, laju pula jari jemari ini menaip..

ah, Tinggal seminggu lebih saja lagi untuk berada di UKM ini..sudah hampir 4 tahun menimba ilmu di menara gading ini..4 tahun mengharungi pelbagai dugaan..4 tahun ini juga lah wanie mendapat ramai sahabat yang sememangnya amat bermakna..sahabat, banyaknya memori kita..

Tahun 1: sibuk menyertai Bulan Sabit Merah Malaysia, menjadi ahli PPC (pertandingan pertolongan cemas), pengalaman menjadi 'first aider' sungguh beerti..ya, pernah pintu bilik diketuk, telefon berdering di tengah malam untuk membantu mereka yang memerlukan, juga bersama mangsa ke klinik berhampiran kerana digigit binatang berbisa..hm..berlatih kawad bersama pasukan yang sentiasa bersama, buat 'mock case'..rindunya..

Bersama team PPC-10

hmm..di tahun 1 juga segalanya bermula tentang dia..:)

Tahun 2 pula: sibuk menjadi antara tenaga pengajar kepada pasukan PPC yang seterusnya (junior)..pengalaman menjadi senior..:)

Tahun 3: buat persediaan untuk praktikal (latihan mengajar)..pengalaman? sungguh berharga!

Bersama guru-guru praktikal di SMKBandar Baru Sg.Long..

Tahun 4: sibuk menyiapkan tesis(latihan ilmiah)..dan juga mengadakan projek tentang 'sains kehidupan'. Mengambil peluang untuk berjalan-jalan ke tempat pelancongan yang berteraskan ilmu pengetahuan..

Semua tu antara perkara yang akan wanie ingat selalu, insyaAllah..ilmu yang diperoleh di UKM ini hanyalah sebahagian daripada ilmu-ilmu..masih banyak yang perlu dipelajari dan diterokai untuk menjadi pendidik yang mendidik..selamat menempuh alam pekerjaan wanie..dan juga kawan-kawan. semoga Allah mempermudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat..
Buat sahabat, semoga persahabatan yang terjalin antara kita sentiasa berpanjangan, insyaAllah..

Saturday, April 17, 2010

saya sudah sampai..

Macam gula-gula kapas yang tebal!! itulah perasaan wanie bila memandang indahnya ciptaan tuhan ketika berada di atas awan..seketika, terfikir..."kalau duduk atas tu, jatuh ke tidak ya?" hee..:p

hm..alhamdulillah..wanie sudah sampai di UKM semalam..penatnya tapi kali ni tak bawa balik barang pun..laptop saja..maklumlah..balik untuk exam..1 paper pada 29 April ni..hm, semasa di rumah, wanie tak dapat nak 'upload'kan gambar-gambar aktiviti  kan? kali ni..sudah dapat upload..jom tengok..hm..tak ada la banyak sangat pun, cuma sekadar kenangan..:)

hm..ni la 'buddy' si cuddly bear..hadiah dari kak ngah ku sayang..i like!

Sambut hari lahir lagi...:p thank you my beloved family..

Sewaktu di kampung di Terengganu..comel!! ni anak sepupu wanie..namanya Dayana (pjg lagi namanya)..cucu sulung Ayah Ngah..

Reunion bersama shahirah..kat KBMall..kali ni, sha belanja sempena hari lahir wanie..terima kasih sha..:)

Seronoknya makan-makan kat sini..dapat tengok sebahagian Bandar Kota Bharu..

Yang ni pula cupcorn yang wanie buat hari tu..ada nama ni, "wanie's sweet corn" glamour gitu..

Bahan bacaan terbaru..

Sepupu yang suka bergambar..peace..Farhan dan Fatin..

waa..sudah nak balik UKM..bergambar bersama Syu sebelum terbang..

2 minggu lagi balik kampung lagi insyaAllah...sebelum tu..

" jawab exam baik-baik kak.." pesan mama dan abah tersayang...:)

Wednesday, April 14, 2010

simply treat..

Hari ni, wanie dan shahirah (kawan baik) keluar jalan-jalan bersama di KBMall..hehe..ni la kali pertama kami keluar bersama di negeri sendiri..maklumlah selalunya di Bangi sahaja..hmm..sebenarnya, kami saling merindu kot..ehehe

wanie nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat sha sebab belanja wanie sempena dengan hari lahir wanie..Alhamdulillah..diraikan lagi..di kesempatan itu juga, kami bertanya khabar masing-masing, berbual panjang lebar, lepak di kedai buku dan lain-lain..

hmm..petang ni pula, wanie nak buat 'cupcorn' la. Bahan-bahannya sudah dibeli tadi..hm..kita tengok jadi ke tak jadi ya..

Oh ya, wanie nak minta maaf kerana sepanjang wanie kat rumah ni, wanie tak dapat meng'upload' gambar-gambar dari kamera wanie kerana terlupa nak bawa USB nya..tapi, tak pe, nanti, wanie akan masukkan gambar-gamabar yang tertinggal ok..

Monday, April 12, 2010

cerita itu..

Salam petang isnin..petang yang indah di sini disamping mama dan nenek tersayang di halaman rumah..hmm..apa yang nak diceritakan hari ni ya untuk pengunjung bintang hati? haih..tiba-tiba tak ada idea..eh, mana boleh macam ni...cik wanie tak ada idea? peliknya..
hee..sebenarnya, bukan tak ada idea, cuma terlalu banyak nak taip sesuatu kat sini, jadi konfius pula nak letak yang mana..hee..gurau saja..apa-apa aje lah.

hmm..siapa kat sini suka pantai? cepat angkat tangan..hm, kenapa suka pantai? sebab ombaknya? pasirnya? atau tiupan anginnya? hmm..sebut sahaja pasal pantai, mesti terbayangkan ketenangan, hirupan udara segar serta cangkerang siput yang bertaburan kan..?damainya..kalau budak kecik pula, mesti akan melompat-lompat kegirangan mandi manda di tepian..ah, bukan budak je, ayah budak pun ada..mengawasi anak-anak katakan..betul la kan?

tenangnya di tepi laut..apa hal tu abang cik?

hmm..sudah lama wanie tidak ke pantai..mana taknya, tak ada masa terluang..bukannya macam dulu-dulu..hee..
kenapa wanie cerita pasal pantai pula?
wanie teringatkan satu iklan di TV, agak baru juga la..yang ayah dia seorang nelayan yang terpaksa ke laut mencari rezeki. suatu hari ombak besar melanda dan anaknya menyangka ayahnya terlibat dalam tragedi yang tak diingini seperti yang diwarwarkan di TV. Rupa-rupanya ayahnya selamat..ya, happy ending. tapi wanie terfikirkan semula kisah hidup nelayan. lebih-lebih lagi yang hidup susah sangat. bergantung kepada hasil laut setiap hari. kalau ada, ada lah. kalau tak ada..

Alhamdulillah, kita diberi rahmat untuk meneruskan hidup dengan cara masing-masing. sebenarnya, yang susah itu bukannya suatu hukuman tapi kelebihan untuk menguji tahap iman seseorang. betul tak? contohnya, orang kaya yang tiba-tiba mengalami kerugian, orang yang sihat diuji dengan penyakit, orang yang pada mulanya tidak sibuk diberi tugasan yang bertimbun..itu semua adalah bentuk-bentuk ujian..selepas itu, barulah kita sedar yang sebenarnya nikmat Allah berikan ada di mana-mana. orang yang menyangka dirinya ditimpa kesusahan dan menyalahkan takdir itu sebenarnya tidak nampak nikmat disebaliknya. carilah, pasti akan menemuinya. :)

wanie masih ingat, masa di tahun 3,helmet yang wanie pinjam dari kawan tiba-tiba hilang sewaktu meletakkannya di salah sebuah pusat membeli belah. Pertama kali pergi ke sana mengikut kawan menggunakan motosikal. Jadi, kami tidak tahu yang kecurian helmet memang menjadi 'trend' di situ. Terkejut apabila melihat helmet tinggal satu je! haaa..?
hu..pada mulanya, tak tahu nak cakap apa..sempat menangis(perlahan-lahan) kerana helmet itu memang dah hilang. macam mana nak balik ukm tanpa helmet ni? kat mana nak beli helmet baru? ada ke helmet seperti ini? ah, banyak soalan datang..selepas itu, Alhamdulillah, Allah memberi jalan apabila kami dapat menyelesaikan masalah itu. walaupun pulang ke kolej agak lewat dari yang sepatutnya, kami bersyukur dapat juga menggantikan helmet yang sama petang itu juga. Peristiwa itu juga mengajar wanie supaya bersabar dan tenang seketika apabila ditimpa masalah. Akhirnya, ia pasti dapat diselesaikan..ujian tu..memang bila diingatkan kembali,kecil saja dan  lucu jadinya..tapi memberi pengajaran dari segi keselamatan barangan yang dibawa, kesabaran dan tolong menolong antara satu sama lain.

p/s: sempat kena 'marah' oleh seseorang sebab menangis..hee..kenangan..

Saturday, April 10, 2010

Perjuangan belum selesai

Salam ceria pagi Sabtu! hmm..sedar tak sedar, sudah tiba penghujung semester ni..wah..cepatnya masa berlalu..sudah berada di semester terakhir..maksudnya, tak lama lagi, wanie akan memasuki alam pekerjaan..yeah! sudah tidak sabar ni..hee..opps..ada final exam dulu ya..jangan lupa tu..sudah buat persediaan? insyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar..
hmm..Di kesempatan ini, wanie nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir buat diri sendiri serta sahabat..sesungguhnya, perjuangan kita belum selesai..hadapinya dengan tabah dan bersungguh-sungguh, diiringi dengan doa, pengharapan kepada Allah dan tawakal..Jangan lupa minta restu dari ibu bapa ya..ya lah, kan doa mereka tiada hijab? jadi, terus sampai kepada Allah..wah..hebatkan? hm..

Jika peperiksaan yang lepas membuatkan kita meruntum sedih, ayuh, bertindak sekarang untuk mendapatkan kejayaan yang kita kehendaki. Jangan biarkan ia merosakkan cita-cita kita setiap semester. Jika semester lepas membuatkan kita tersenyum gembira dengan keputusan peperiksaan yang membanggakan, jangan samakan ia dengan semester ini..jadi, kena usaha ya.. Kita boleh!
Persediaan demi persediaan insyaAllah akan membuahkan hasil yang didambakan..eh, tunggu apa lagi, jom study! :)


p/s: "rabbi yassir wa la tu assir.." Ya Allah, permudahkan aku, jangan Kau susahkan..:)



Tuesday, April 6, 2010

Jangan biarkan..

Aku memandang sekeliling sedihnya ada
aku melontarkan kata-kata dengan sengaja
semoga mereka faham akan maksudnya
bila berbicara tentang adab remaja kita..

ah..kadangkala amarah menyapa
mengapa si tua dijadikan mangsa
hanya disebabkan nasihat semata
insaflah perbuatanmu wahai remaja

hari itu kisah si bayi yang tidak berdosa
dibuang bagai tiada ertinya
bagaimana dia mahu merayu pada orang tuanya..
dia tiada daya, emosi dan suara

ayah..ibu..mengapa 'aku' disiksa
atas perbuatan kalian semua..
'aku' tidak mahu menjadi habuan pemangsa
jagalah 'aku' dengan sempurna..
Media sudah sarat dengan isi berita
bukan informasi intelek mahupun sejarah bangsa
tapi bencana akibat manusia
kerana jiwa tidak dihiasi rohaniah sepatutnya

Dunia ini hanyalah fana
esok lusa mungkin penghujungnya
bertaubatlah di kala masa masih ada
sesungguhnya Allah maha mengampuni dosa hambaNya

sekian.

nukilan,
Nur Hazwani Pauzi


miss my kins..here i come!

Yeah!! esok insyaAllah wanie akan balik kampung bersama kawan iaitu Wan Nurul Syuhada (kawan satu sekolah naim lilbanat ni)..Kali ni kami balik dengan bas sebab nak bawa balik barang-barang juga,maklumlah sudah hanpir 4 tahun di UKM kan..:) hmm..berat juga beg-beg wanie ni..tapi wanie dah siap-siap kemas dua tiga hari lepas lagi..ha2..sudah tak sabar nak balik..rindu sangat dengan mama, abah, my siblings dan my grandma..

Bersama sebahagian keluargaku yang terindah..i like!

eh, ada yang bertanya wanie kenapa nak balik, kan ni minggu ulangkaji? haa..jangan tak tau, exam wanie pada 29 April 2010..jadi, balik awal la, selepas itu, 10 hari sebelum exam, kami datang balik UKM...hee..proaktif ya..
Kebetulan, adik wanie, Farah pun balik kampung..yeay..dapat jumpa sis!
hmm..walaupun di rumah, blog kesayangan ni wanie pasti akan update from time to time..insyaAllah..nantikan cerita-cerita baru di Bintang Hati...daa..

p/s: si putih kena tinggal..huhu


Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers