Aku memandang sekeliling sedihnya ada
aku melontarkan kata-kata dengan sengaja
semoga mereka faham akan maksudnya
bila berbicara tentang adab remaja kita..
ah..kadangkala amarah menyapa
mengapa si tua dijadikan mangsa
hanya disebabkan nasihat semata
insaflah perbuatanmu wahai remaja
hari itu kisah si bayi yang tidak berdosa
dibuang bagai tiada ertinya
bagaimana dia mahu merayu pada orang tuanya..
dia tiada daya, emosi dan suara
ayah..ibu..mengapa 'aku' disiksa
atas perbuatan kalian semua..
'aku' tidak mahu menjadi habuan pemangsa
jagalah 'aku' dengan sempurna..
Media sudah sarat dengan isi berita
bukan informasi intelek mahupun sejarah bangsa
tapi bencana akibat manusia
kerana jiwa tidak dihiasi rohaniah sepatutnya
Dunia ini hanyalah fana
esok lusa mungkin penghujungnya
bertaubatlah di kala masa masih ada
sesungguhnya Allah maha mengampuni dosa hambaNya
sekian.
nukilan,
Nur Hazwani Pauzi
0 comments:
Post a Comment