sayyidul istighfar



Wednesday, April 21, 2010

Ke Kota Keriangan!

Dua hari lepas, kami bercadang untuk ke tempat yang kami telah lama ingin pergi..iaitu Genting Highland..Kami? ya..Aidah, didi, Hilyani, Soli dan Wanie..sudah lama tidak berkunjung ke Kota Keriangan ni, kali terakhir ke sana sewaktu sekolah menengah, bersama keluarga..hmm..ternyata, banyak perubahannya..
Apapun, wanie cerita sambil tengok gambar-gambar ya..jom!

Bas dari Hentian Kajang berhenti di tapak 'skyway'. jadi, kami perlu menaiki kereta kabel yang comel ni..gondolanya hanya boleh memuatkan maksimum 8 orang..sambil menikmati panorama hutan hujan khatulistiwa ini, kami dapat mendengar bunyi sahutan haiwan-haiwan hutan..hmm..monyet kot.

Dalam kereta kabel. oh ya, untuk pengetahuan, kereta kabel di Genting Highland ni adalah yang terpantas di dunia dan terpanjang di Asia Tenggara..hebat kan? hee..

eh, baru teringat..kat sini lah kami sekeluarga pernah bergambar suatu ketika dahulu..hmm..tong sampahnya masih di situ?

ok..sebelum bergembira, jom sarapan dahulu..jangan tak tau, kami siap bawa bekal sendiri tau..berkelah kat Genting..ewah2..

di mana ada kamera...di situ ada senyuman..peace..

setelah turun naik lift..kami sampai ke destinasi yang sebenar..ni kat 'Bintang Walk'..

Ambil gambar kat 'signboard' macam ni penting ya..

welcome to Genting theme park..! eh, tiket-tiket...

ni kat rumah coklat Beryl's...coklat buatan Malaysia ni..hm, wanie teringat cerita fairytale "hansel and gretel"..hee

rasanya, kotak coklat ni warna 'brown'..tapi kenapa jadi warna pink pula dalam gambar? konfius...hu

selepas terbang dengan 'spinner'..kami naik 'tea cup' pula..peningnya..

seronok 'boating' ni..macam naik kereta..eh?

kononya tengah memandu kereta antik..ada gaya juga la kan? :p

bear seiras dengan 'buddy' kat rumah..tapi versi besar..tak pelah, peluk pun jadilah..tq..

ni kat dalam bot 'dinasourland'..ok lah juga, dapat tengok dinasour buatan..

berehat di dalam Double Decker..

cantiknya..eh, macam taman tema yang wanie bina dalam 'roller coaster tycoon'...ha2..

oklah..dah nak balik..jom bergambar ramai-ramai..


                    Sebenarnya, banyak juga yang kami main dan ada juga yang tak sempat main..maklumlah kekangan masa dan juga hari hujan..jadi, semua permainan tidak berbumbung direhatkan seketika..tapi tak pelah, dapat jalan-jalan dengan kawan semestinya seronok kan..Alhamdulillah..

p/s: insyaAllah..gambar-gambar lain akan di'upload' dari semasa ke semasa..:)

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers