Seusai membaca sebuah buku yang sarat dengan nasihat, panduan dan membina potensi diri petang tadi, wanie berfikir sejenak..bukan berfikir tentang berapa jumlah buku yang telah dibaca setakat ini, tapi berapa banyak yang sudah dipraktikkan dari segala isi pembacaan ynag lalu? Benar, membaca senang, tapi melaksanakan apa yang dibaca itu yang payah..tapi wanie cuba..dan cuba..cuba untuk memahaminya seiring dengan kehidupan ini. Ternyata, buku-buku yang wanie jadikan peneman di kala sunyi, penghibur di masa lara ini pasti dapat memberikan senyuman..
Wanie suka dengan penggunaan analogi dalam kehidupan. Ia berguna untuk memantapkan pemahaman dan juga menjadikan orang faham maksud kita..
Sewaktu kecil, abah wanie selalu menggunakan analogi dalam mendidik kami..analogi yang bersesuaian la..dan ya, ia berkesan. Wanie masih ingat ketika abah mengajar matematik setiap malam setelah selesai solat isyak, abah selalu memberi 'clue' untuk menjawab soalan yang agak sukar..
abah cakap "sama lah macam nak mendapatkan buah rambutan di pokoknya. kita boleh guna galah, boleh juga memanjat pokok itu, dan juga dengan melontar.." maksud abah, dalam menyelesaikan sesuatu masalah, macam-macam cara boleh digunakan, mungkin berbeza tempoh masa tapi hasilnya sama..
Bila membaca penulisan mereka yang berilmu ini, terasa masih banyak yang tidak dikatahui. Lemahnya diri ini..benarlah kata orang, semakin membaca, semakin banyak yang kita tidak tahu..itulah gunanya membaca..dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang lepas juga menyentuh isu 'peranan membaca'..terkejut wanie bila ahli panel mengatakan mengikut statistik, secara puratanya, rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku sahaja dalam setahun..
hmm, maknanya, kenalah berubah ya..buat sedikit-sedikit dahulu..baru istiqamah..
cuba amalkan 3S:
Sedar, Sedikit-sedikit, Sekarang
apa? tak faham? hee..begini,
mula-mula sedar kelemahan diri, pastu berubah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan, dan jangan tunggu esok untuk berubah kerana ia boleh membunuh potensi hari ini..jadi, buat sekarang..!
Semoga apa yang wanie baca juga dapat mendekatkan diri pada Nya, juga dapat berkongsi dengan pengunjung Bintang Hati ni, insyaAllah..
Semoga kita sentiasa diberikan petunjuk di dunia dan di akhirat..amiin..
p/s: nak sambung baca untuk peperiksaan pula ni..tunggu post akan datang ya! :)
0 comments:
Post a Comment