sayyidul istighfar



Monday, April 26, 2010

Tau tak apa

Salam gembira semuanya..sudah lama rasanya tidak memberikan entri baru untuk bintang hati. Setiap kali 'online' pun wanie memang buka blog ni, tapi belum sempat menaip sesuatu. Oh ya, peperiksaan makin dekat ni, mungkin sebab tu rasanya buka internet pun sekejap-sekejap..tak apa, selepas peperiksaan ni dan waktu cuti nanti mungkin bintang hati ni sentiasa ada pembaharuan..eh, macam mana tu wanie? hee..biar lagi mantap dan comel . Jadi, para peminat bintang hati tu, sudi-sudikanlah jari jemari anda menyemak blog ini dari semasa ke semasa..hee..
Semalam, wanie baru habis membaca buku karya Dr.HM Tuah..tajuknya 'Tau Tak Apa'..santai je bunyinya kan? ya, penulisannya pun agak santai dan mudah difahami..bagus juga, boleh menaikkan motivasi dan keterampilan..insyaAllah.


Bila berbicara tentang matlamat jangka panjang mahupun jangka pendek, kita seringkali tersasar..biasalah tu kan..ada je yang ter'miss'. Tapi lain kali, bila mahu membina sesuatu perkara, cuba tetapkan matlamat anda tinggi-tinggi, besar-besar, kerana apa yang akan dapat akhirnya selalu bawah sikit dari apa yang kita matlamatkan kan? Jadi, biar matlamat besar, kalau tak tercapai matlamat sebesar tu pun, kita masih lagi dikira ok sebab di bawah sikit..Tapi, ada juga yang dikurniakan pencapaian yang melebihi matlamat, bukannya tidak ada.
Nak jadi baik, jadi rajin ataupun nak jadi kaya banyak caranya, tak semestinya duit saja yang dipanggil rezeki tau, kesihatan, keceriaan, kemampuan menyelesaikan masalah pun dianggap rezeki. Jadi, kita harus mensyukurinya, bukan merungut tak tentu pasal. cuba tenangkan diri dulu, istighfar dan fikir baik-baik, insyaAllah rezeki dari Allah ada di mana-mana.Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua ya..

hmm, ok lah..masa beradu dah ni..hee..nanti jumpa lagi di entri seterusnya..insyaAllah. semoga kita, keluarga kita dan sahabat sekalian sentiasa diberi rahmat dan petunjukNya..amiin...

waAllahua'lam..:)

2 comments:

Badio Sulaiman said...

asyik2 dr H.M Tuah.. huu

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

he..jeles la tu..:p..peace..

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers