Malam ni terasa mahu tidur lewat pula..ah, mata sudah menunjuk tanda-tanda boleh beradu, tapi hati masih ingin mengadap laptop ini, bukan 'chatting' atau ber'facebook' ya..tapi, apa lagi kalau bukan melihat-lihat blog kesayangan ni..seraya, lagu nasyid kumpulan Brothers diklik..lagu paling disukai dari kumpulan ini ialah 'teman sejati'..hmm..bila mendengar alunannya, terasa mahu menaip sesuatu di sini..
eh, laju pula jari jemari ini menaip..
ah, Tinggal seminggu lebih saja lagi untuk berada di UKM ini..sudah hampir 4 tahun menimba ilmu di menara gading ini..4 tahun mengharungi pelbagai dugaan..4 tahun ini juga lah wanie mendapat ramai sahabat yang sememangnya amat bermakna..sahabat, banyaknya memori kita..
Tahun 1: sibuk menyertai Bulan Sabit Merah Malaysia, menjadi ahli PPC (pertandingan pertolongan cemas), pengalaman menjadi 'first aider' sungguh beerti..ya, pernah pintu bilik diketuk, telefon berdering di tengah malam untuk membantu mereka yang memerlukan, juga bersama mangsa ke klinik berhampiran kerana digigit binatang berbisa..hm..berlatih kawad bersama pasukan yang sentiasa bersama, buat 'mock case'..rindunya..
Bersama team PPC-10
hmm..di tahun 1 juga segalanya bermula tentang dia..:)
Tahun 2 pula: sibuk menjadi antara tenaga pengajar kepada pasukan PPC yang seterusnya (junior)..pengalaman menjadi senior..:)
Tahun 3: buat persediaan untuk praktikal (latihan mengajar)..pengalaman? sungguh berharga!
Bersama guru-guru praktikal di SMKBandar Baru Sg.Long..
Tahun 4: sibuk menyiapkan tesis(latihan ilmiah)..dan juga mengadakan projek tentang 'sains kehidupan'. Mengambil peluang untuk berjalan-jalan ke tempat pelancongan yang berteraskan ilmu pengetahuan..
Semua tu antara perkara yang akan wanie ingat selalu, insyaAllah..ilmu yang diperoleh di UKM ini hanyalah sebahagian daripada ilmu-ilmu..masih banyak yang perlu dipelajari dan diterokai untuk menjadi pendidik yang mendidik..selamat menempuh alam pekerjaan wanie..dan juga kawan-kawan. semoga Allah mempermudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat..
Buat sahabat, semoga persahabatan yang terjalin antara kita sentiasa berpanjangan, insyaAllah..
0 comments:
Post a Comment