sayyidul istighfar



Monday, April 12, 2010

cerita itu..

Salam petang isnin..petang yang indah di sini disamping mama dan nenek tersayang di halaman rumah..hmm..apa yang nak diceritakan hari ni ya untuk pengunjung bintang hati? haih..tiba-tiba tak ada idea..eh, mana boleh macam ni...cik wanie tak ada idea? peliknya..
hee..sebenarnya, bukan tak ada idea, cuma terlalu banyak nak taip sesuatu kat sini, jadi konfius pula nak letak yang mana..hee..gurau saja..apa-apa aje lah.

hmm..siapa kat sini suka pantai? cepat angkat tangan..hm, kenapa suka pantai? sebab ombaknya? pasirnya? atau tiupan anginnya? hmm..sebut sahaja pasal pantai, mesti terbayangkan ketenangan, hirupan udara segar serta cangkerang siput yang bertaburan kan..?damainya..kalau budak kecik pula, mesti akan melompat-lompat kegirangan mandi manda di tepian..ah, bukan budak je, ayah budak pun ada..mengawasi anak-anak katakan..betul la kan?

tenangnya di tepi laut..apa hal tu abang cik?

hmm..sudah lama wanie tidak ke pantai..mana taknya, tak ada masa terluang..bukannya macam dulu-dulu..hee..
kenapa wanie cerita pasal pantai pula?
wanie teringatkan satu iklan di TV, agak baru juga la..yang ayah dia seorang nelayan yang terpaksa ke laut mencari rezeki. suatu hari ombak besar melanda dan anaknya menyangka ayahnya terlibat dalam tragedi yang tak diingini seperti yang diwarwarkan di TV. Rupa-rupanya ayahnya selamat..ya, happy ending. tapi wanie terfikirkan semula kisah hidup nelayan. lebih-lebih lagi yang hidup susah sangat. bergantung kepada hasil laut setiap hari. kalau ada, ada lah. kalau tak ada..

Alhamdulillah, kita diberi rahmat untuk meneruskan hidup dengan cara masing-masing. sebenarnya, yang susah itu bukannya suatu hukuman tapi kelebihan untuk menguji tahap iman seseorang. betul tak? contohnya, orang kaya yang tiba-tiba mengalami kerugian, orang yang sihat diuji dengan penyakit, orang yang pada mulanya tidak sibuk diberi tugasan yang bertimbun..itu semua adalah bentuk-bentuk ujian..selepas itu, barulah kita sedar yang sebenarnya nikmat Allah berikan ada di mana-mana. orang yang menyangka dirinya ditimpa kesusahan dan menyalahkan takdir itu sebenarnya tidak nampak nikmat disebaliknya. carilah, pasti akan menemuinya. :)

wanie masih ingat, masa di tahun 3,helmet yang wanie pinjam dari kawan tiba-tiba hilang sewaktu meletakkannya di salah sebuah pusat membeli belah. Pertama kali pergi ke sana mengikut kawan menggunakan motosikal. Jadi, kami tidak tahu yang kecurian helmet memang menjadi 'trend' di situ. Terkejut apabila melihat helmet tinggal satu je! haaa..?
hu..pada mulanya, tak tahu nak cakap apa..sempat menangis(perlahan-lahan) kerana helmet itu memang dah hilang. macam mana nak balik ukm tanpa helmet ni? kat mana nak beli helmet baru? ada ke helmet seperti ini? ah, banyak soalan datang..selepas itu, Alhamdulillah, Allah memberi jalan apabila kami dapat menyelesaikan masalah itu. walaupun pulang ke kolej agak lewat dari yang sepatutnya, kami bersyukur dapat juga menggantikan helmet yang sama petang itu juga. Peristiwa itu juga mengajar wanie supaya bersabar dan tenang seketika apabila ditimpa masalah. Akhirnya, ia pasti dapat diselesaikan..ujian tu..memang bila diingatkan kembali,kecil saja dan  lucu jadinya..tapi memberi pengajaran dari segi keselamatan barangan yang dibawa, kesabaran dan tolong menolong antara satu sama lain.

p/s: sempat kena 'marah' oleh seseorang sebab menangis..hee..kenangan..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers