Awal pagi semalam, satu lagi berita yang menyedihkan keluarga besar kami..
iaitu pemergian sepupu wanie iaitu kak za. pemergian buat selama-lamanya, tidak kembali dan takkan berjumpa lagi di dunia ini..
Sudah hampir sebulan (28 hari) di wad penjagaan rapi di Hospital Serdang, akhirnya arwah meninggal dunia seusai suaminya menghabiskan bacaan surah Yaasin..
Seorang isteri solehah, ibu mithali, anak yang berbakti dan baik budi pekerti menjadikan arwah disenangi oleh ramai orang, tidak kira yang sudah lama kenal, mahupun yang hanya dikenali secara tidak sengaja..meninggalkan suami tercinta dan 3 orang anak yang masih bersekolah, membuatkan pemergiannya cukup dirasa..
wanie dapat melihat wajah tenang ahli keluarganya ketika majlis tahlil diadakan..semoga mereka tabah menjalani kehidupan ini..
semuanya ada hikmah..Allah lebih menyayangi arwah..insyaAllah, semoga arwah ditempatkan di kalangan yang solehah..amiin..
Al-Fatihah.
Kita yang masih diberikan kesempatan menghirup udara di bumi Allah ini hendaklah sentiasa memperbaiki diri..
hakikatnya..
Sudahkah kita bersedia untuk bertemu Allah?
Cukupkah ilmu di dada untuk dijadikan bekalan?
Bagaimana dengan hubungan kita dengan ahli keluarga kita?
Berapa banyak yang sudah kita sedekahkan?
Terbaikkah amalan wajib kita setiap hari?
Ada tak kita berusaha ke arah kebaikan?
MasyaAllah..kerdilnya diri ini bila soalan-soalan sebegitu menerjah sanubari..
Ya Allah..
berilah kami petunjukMu, redhailah perjalanan hidup kami..kuatkan keimanan kami ini walau di mana kami berada..amiin..insyaAllah..
2 comments:
innalilahi rajiuun...ni kakak yg wani lawat ngan ma b4 blk klntan right?al fatihah..... ainurrahmah..
ya..yg tu..tq ainur recite Al-fatihah for arwah..
Post a Comment