Hajat di hati ingin menikmati sate kajang..tapi, 'chicken chop' yang menjadi hidangan! ha2..opps..sebelum tu..Alhamdulillah..sedap juga makanan tadi. Sebenarnya, hari ni wanie bersama sahabat iaitu Radiah, Maszeni, Ros dan Sabariah mengadakan 'majlis perpisahan kecil-kecilan'..hee..ye la, kami memang rapat, jadi sempena dengan hari-hari terakhir kami di UKM tercinta ini, kami mengambil kesempatan untuk mengeratkan lagi silaturrahim..:)
ha? kenapa tak jadi makan sate? sebenarnya, kami pun baru tahu yang Sate Sahmuri beroperasi pada jam 4 petang pada hari Jumaat..jadi, oleh sebab kami sampai awal sangat (makan tengahari), Sabariah selaku empunya kereta pun memberi cadangan makan-makan kat...kat..kat Metro Point Kajang, lebih tepat lagi.."Station Kopitiam". Ok juga menjamu selera di situ..harganya pun berpatutan..
jom..layan gambar..
sebelum makanan sampai...
hee..best! i like it..
Terima kasih encik 'waiter' kerana tolong 'snap' gambar kami..
Terima kasih ya kawan-kawan..semoga ikatan persahabatan ini sentiasa mekar ya..keep in touch! :)
1 comments:
ukhwah fillah abadan abada..
wawa sedih2
-masz-
Post a Comment