Sementara kudrat masih ada, alangkah beruntungnya di bulan Ramadan, bulan keampunan, bulan berkat yang sentiasa memberikan khabar gembira buat manusia sekalian alam..
hebatkan bulan kita??
Betapa bersyukurnya kita masih diberi peluang merasai nikmatnya ramadan..jadi, janganlah kita sia-siakan peluang ini. Syaitan laknatullah telah digari, dikurung, jadi gunalah sepenuhnya kebebasan dari makhluk yang dibenci ini untuk beribadah, beramal dan bertaubat.
hmm..setiap kali datangnya bulan ramadan, orang mukmin yang beramal soleh akan berasa gembira sangat, pulangnya ramadan, akan membuatkan mereka berasa sedih, timbul perasaan di hati "adakah aku masih ada untuk ramadan yang akan datang?" waAllahua'lam..
Mengikut buku yang wanie baca (hadiah dari Maszeni) yang bertajuk "Adab ramadan" dari Absyar Fuad dan Suzana Ismail, dalam Bab 6, ada menyatakan adab-adab di bulan Ramadan.
Antaranya wanie senaraikan:
1. Bersahur pada waktu dinihari dan melewatkan pengambilannya.
Jangan lupa bersahur ya, sesungguhnya di dalamnya ada keberkatan..
2. Bersikap dermawan.
haa..jangan kedekut untuk menghulurkan bantuan, kalau bukan dari segi kewangan, berilah dalam bentuk makanan mahupun tenaga..
3. Bertadarus Al-Quran secara konsisten..
Peruntukkanlah masa untuk membaca Al-Quran..pahalanya berganda..SubhanaAllah..
4. Beriktikaf terutamanya pada 10 malam terakhir..
5. Mengawal nafsu, memperelokkan perangai serta memelihara lidah.
6. Menggalakkan keluarga beramal soleh.
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi
8.Menyediakan makanan berbuka buat orang berpuasa.
Pahalanya seperti orang yang berpuasa tau..
9. Tidak banyak tidur.
Walaupun letih, jangan lah sampai berlebihan dalam tidur, cukup sekadar merehatkan badan.
10. Mengejar Lailatulqadar..
Malam yang hebat..carilah di sepuluh malam yang terakhir..
Banyak sungguh aktiviti dan amalan yang boleh kita lakukan. Selagi badan masih sihat dan bertenaga, gunalah sebaiknya. Semoga di bulan yang berkah ini, kita sentiasa dibuka pintu hati untuk sentiasa melakukan amalan soleh.
Ya Allah, terimalah ibadat kami..ampunilah kami dan berkatilah rezeki kami..amiin...
Selamat berpuasa semua...
p/s: Selamat hari lahir buat sahabat wanie Nurul Ain Mohd Roslan yang ke 23, pada hari ini 14 Ogos..Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa bahagia di dunia dan di akhirat..:)
4 comments:
salam Ramadhan akak..:)
salam ramadhan juga mirah..:)
Selamat Berpuasa :)
Doakan saya selalu ya
Dia : selamat berpuasa juga..doakan sy juga..:)
Post a Comment