Hujan di luar tidak henti-henti semenjak pagi..sudah bermula musim tengkujuh agaknya..suasana dingin seperti ini kadang-kadang cepat untuk terlena dari biasa..Tapi, pastikan semua beres dahulu sebelum melelapkan mata ya..oh ya, blog pun kena 'update', kalau tak, sunyi sepi je Bintang hati ini..hee..
Semalam, wanie sekeluarga menonton perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan..Alhamdulillah dan Syabas! Kelantan menang 2-1 dalam perlawanan yang agak tertekan pada mulanya itu. Red Warriors memang boleh!
Maklumlah, negeri kelahiran wanie, tentulah sokong ore kelate kito..hee
Sebenarnya wanie bukanlah peminat sukan ini, malah semua sukan wanie tak gemar sangat kecuali bola jaring, catur dan berbasikal kot..sebab yang tu wanie selalu main..he2..Tetapi semalam, wanie turut bersorak menceriakan ruang tamu kami sekeluarga memandangkan semua ahli keluarga kat rumah berkumpul, jadi apa salahnya wanie join juga mencukupkan keluarga kami di situ( kecuali kak ngah yang berada di Kuantan)..amboi, ambil bakat jadi 'cheer's girl' sewaktu tingkatan 2 dulu la tu..eh, bukan yang pakai skirt tau, geng 'cheers' sekolah agama..faham-faham la kan..hee..tapi seronok juga..
haa..tips untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga: menonton bersama. Dalam ilham ilmu (blog kedua ku) juga wanie memuatkan isu yang sama..
Wanie suka melihat sesuatu perkara itu dari sudut motivasi. Ya, memandangkan motivasi sangat penting untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Selepas perlawanan itu tamat, wanie terfikirkan sesuatu..sesuatu yang boleh kita ambil iktibarnya..
Apa ya?
Tentang semangat yang perlu dicari walaupun keadaan yang sengit terpaksa ditempuh. Kepada yang menonton perlawanan semalam, pasti tahu yang permainan pasukan Kelantan tidaklah begitu menarik pada separuh masa pertama, lebih-lebih lagi apabila pasukan Negeri Sembilan berjaya membuat jaringan gol pertama 1-0. Tetapi pasukan Kelantan tidak berputus asa, mereka mendapatkan semangat yang kental sewaktu separuh masa kedua dan bermain dengan penuh cemerlang..haa..ini yang kita nak, terus memacu kecemerlangan.
Gagal buat kali pertama tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya. Tiada kamus atau cendekiawan mentafsirkan 'gagal' seperti itu. Walaupun semua perancangan sebelum ini seakan belum menjadi, jangan sesekali berputus asa, itu tandanya kita belum cukup bersedia untuk sesuatu perkara dan memerlukan kita mencari sebab yang memungkinkan permasalahan itu. Jadi, berusahalah sahabat untuk meraih cita-cita..sebab ia tidak datang dengan percuma tanpa usaha, doa dan tawakkal kepada Allah..
Jadi, apa tunggu lagi, bina motivasi anda sekarang dan mulakan langkah pertama..
insyaAllah, BERJAYA!
Semangat dan motivasi ada di mana-mana kawan..
malah, jika kita tengok sebatang pokok pun ia boleh memberikan motivasi kepada kita..
haa, motivasi dari pokok? boleh ke?
boleh..hari tu di entri lepas-lepas wanie ada cerita pasal pohon semalu kan?
nanti, ada lagi pokok lain yang sangat menarik perhatian ini..Nak tahu?
tunggu entri-entri akan datang ya..
don't miss it! :)