Cak! ha..bersua lagi kita ye..Tips kecantikan kembali lagi...seronoknya.. Untuk kita-kita aje! hee..
Tapi sebelum tu...ok tak anda di sana? ada rasa bagus tak? elok la tu..jangan rasa tak bagus pulak, sebab kita dicipta untuk mengindahkan hidup ini, jadi kena selalu rasa bagus untuk hidup ceria dan gembira..jangan bagi tekanan melampau pada diri anda..
bertenang dan berdoalah supaya diberikan jalan penyelesaiannya..
Orang sekeliling perlu lah disapa, jangan buat dek aje, barulah kita senang didampingi..ada sesetengah orang tu, jangankan nak tegur kita yang duduk sorang-sorang ( sama jantina tau, kalau jantina berbeza tu, maknanya nak ngorat la tu..hee..hati-hati untuk menegur tak tentu pasal), nak senyum pun payah..haih..tak baik tau macam tu, manis-maniskan wajah dengan senyuman..Kalau yang tak berapa cantik sangat, akan jadi cantik,kalau yang sudah sedia cantik, lagi cantik..insyaAllah..Awak tak nak ke jadi cantik cik jah?
Hmm...kalau tanya cik jah, mesti lah dia nak..eh, ada ke orang tak nak cantik? wanie pun tak tau, tak ada kot.
Cakap pasal cantik ni, ia berkait rapat dengan penjagaan kan? bukan apa, ia mencerminkan personaliti diri..Jaga lah ia mulai sekarang, zaman muda trang tang tang orang kata..Baik dari segi kulit wajah dan badan..ish, penting tu..bak kata iklan, 'untuk mengelakkan kulit kusam'..
Yang penting, mestilah ada CTM :
1. mencuci wajah dengan pembersih (cleanser) dan lapkan dengan tuala muka yang bersih.
2. jangan lupa sapukan penyegar (toner) dengan menggunakan kapas muka untuk menutup pori-pori yang terbuka setelah pembersihan tadi.
3. lengkapkan dengan pelembab wajah (moisturizer)untuk melembapkan kulit..
Ketiga-tiga perkara ni wajib mesti dipakai setiap hari. wanie cadangkan gunalah produk yang sama untuk ketiga-tiganya..
Jangan pula mencuci wajah kerap kali..cucilah dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu hendak tidur.
eh, tapi jangan cuba-cuba buat pembedahan pula semata-mata untuk cantik..kalau tiada sebab yang membolehkan dari segi syarak, janganlah buat ya..Allah dah cipta kita dengan cukup sempurna..kita perlu jaga je dengan baik..bukankah kita ni sebaik-baik kejadian?
Setakat ni dulu untuk tips kali ni ya..
Akhir sekali, wanie nak ambil kata-kata dari Dr.HM Tuah sikit ni:
"Tamsilan indah seorang wanita itu bukan sekadar wajah tapi keseluruhan hingga layak digelar wanita"
Fikir-fikirkan lah..Kerana diri kita begitu berharga.
2 comments:
xbest bila dgr nama cik jah tu.. mcm bc majalah mangga..huhu
ok..sy tukar kepada cik mah..:p
Post a Comment