Siapakah empunya suara merdu itu? Acap kali sayup-sayup suaranya dari corong pembesar suara Surau Kampung Jeti tersebut.
Bila diintai, ah..orangnya sungguh elok rupa parasnya. Tapi..tidak seperti orang lain..ya, itulah dia Iman. Tuan Osman berkali-kali ingin mengetahui siapakah gerangannya anak muda ini..setelah kali ke tiga berkunjung ke surau itu barulah dapat bersua dengan pemilik suara merdu itu..
'anak muda, dari manakah anak belajar mengaji Al-Quran? sungguh baik bacaannya, seperti pernah ku dengar cara bacaan ini ' Tuan Osman menyambung bicara setelah memperkenalkan diri.
'saya hanya berguru dengan arwah ayah saya, Nik Hassan.' jawab Iman.
'Nik Hassan?? Nik Hassan Kamal yang pernah bekerja di Kedai Besi Jaya di pekan?' sambung Tuan Osman dengan nada terperanjat.
'Ya, itulah ayah saya'.
'MasyaAllah..Hassan sahabatku. Arwah adalah sahabat ketika susah dan senang. Dia lah yang mengajar aku mengaji seperti anak mengaji tadi..nak..Pak cik minta maaf baru dapat mengenali kamu..Pak Cik baru pulang ke tanah air..baru dapat berita pemergian ayahmu..Ya Allah akhirnya dapat juga ku temui dengan anaknya ini...' Sebak Tuan Osman lantas memeluk Iman.
'Tak apa pak cik..jadi, Pak Cik lah Tuan Osman tu..selalu juga terdengar nama pak cik dari ayah..' balas iman sambil tersenyum.
Akhlak baik selalu mempesonakan orang. Begitulah Tuan Osman tertarik dengan sifat baik Si Iman lantas ingin membalas jasa sahabatnya dengan merawat kaki Iman dan memberinya pekerjaan. Ibunya sungguh bersyukur apabila mendengar baris ayat dari Tuan Osman.
'akak jangan risau, perbelanjaannya saya tanggung. Rezeki si Iman. Saya pun pernah terhutang budi dengan arwah Nik Hassan..biarlah saya membalasnya pula sekarang' luah Tuan Osman..
Setelah beberapa bulan berikutnya, Iman tidak lagi 'berkaki kayu' itu untuk ke mana-mana. sekarang dia sudah 'berkaki'. sempurna di mata..Dia sujud syukur ke hadrat Ilahi memberinya rezeki untuk berjalan seperti orang lain..
'Alhamdulillah Ya Allah..sungguh aku bersyukur dikurniakan peluang ini..' berjuraian air mata membasahi pipinya setiap kali selepas solat.
Peluang yang diberikan itu diguna sebaik mungkin. Dia diterima bekerja di syarikat perkapalan milik Tuan Osman..Serentak dengan itu, dia dapat berlayar di laut sama seperti impiannya suatu ketika dahulu..
'aku ingin ke laut mencari hasilnya..aku ingin melihat indahnya ciptaanMu dan meringankan beban keluarga ku dengan rezekiMu dari laut'. Masih teringat kata-kata yang lahir dari hatinya tatkala melihat rakan-rakan lain turun ke laut..
Kini, ibunya sudah mempunyai tempat tinggal yang lebih selesa berbanding dahulu yang beralaskan tikar mengkuang sahaja untuk berehat mahupun menerima tetamu. Pekerjaan Iman bermula dari bawah membuatkan dia cepat belajar dan cepat mendapat kepercayaan pihak atasannya. Kerjanya itu membuatkan dia kerap berjumpa dengan ramai orang.
Termasuklah seorang gadis beragama, sopan, ayu bertudung yang dikenalinya sudah agak lama. Syafikah Nur Nisa'.
Gadis itu sudah mengetahui kisah suka duka Iman dari dia digelar seorang cacat sehingga sekarang. Tuan Osman lah yang menceritakannya memandangkan Syafikah ialah anak saudaranya sendiri. Syafikah tertarik dengan keluhuran peribadi Iman. Pernah dia menyatakan hasratnya melalui Tuan Osman untuk berkenalan lebih rapat dengan Iman. Hendak bertentang mata sendiri dengan Iman, malu rasanya..
Pada mulanya, Iman menolak setelah diberitahu akan hasrat Syafikah oleh Tuan Osman kerana tidak mengenali siapa Syafikah dan sangat bimbang dia tidak tahan hidup dalam keluarga Iman. Maklumlah Syafikah Nur Nisa' bukanlah sebarangan orang. Graduan Universiti dan hidupnya agak mewah. Kalau nak dibandingkan dengan diri Iman, 'ah, jauh panggang dari api' fikir Iman.
Seminggu selepas itu, Iman menerima sepucuk surat dari seorang pengirim yang tidak dikenali..surat berwarna merah jambu cerah dibukanya..tulisannya kemas dan cantik dan dimulakan dengan
'Bismillahirrahmannirrahim..'
Aku tidak mengharapkan wang ringgit dan harta bertimbun darimu..
Aku tidak menpertaruhkan kata-kata manis olehmu
Aku tidak memandang keelokkan rupa paras yang dibualkan orang tentangmu..
mahupun kekayaan yang kau cuba raih sedaya mu
Kerana aku bukanlah sesempurna wanita penghulu syurga,
Bukanlah pula secantik Fatimah Az-zahra
Apatah lagi sesetia wanita bernama Hajar
Aku hanya mahu merasakan cinta yang halal
Dari insan yang beriman dan berperibadi mulia
Kejujuranmu dan imanmu yang menjadi pegangan
Izinkan aku memberikan cinta halal ini
Kepadamu jika dirimu ditakdirkan untukku..
-Syafikah Nur Nisa'-
Setelah beberapa hari membaca warkah yang sama, malam itu, Iman bangun solat hajat dan istikharah memohon petunjuk Maha Pencipta.
'Ya Allah jika Syafikah Nur Nisa' memang ditakdirkan untukku, aku bersyukur dengan kurniaanMu, permudahkanlah urusan hamba mu ini..semoga dia dapat mengembirakan aku dan ibuku dan aku dapat membahagiakan dirinya. Dekatkanlah hati-hati kami dalam mencari keredhaanMu..amin'.
-TAMAT-
MORAL:
1) sabar itu indah
2) bersyukurlah dengan setiap yang dikurniakanNya
3) berbuat baik kepada ibu bapa akan dibalas baik oleh Allah
3) perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya
4) mintalah, doalah, rintihlah, mohonlah dari Allah apa yang dihajatkan..Sesungguhnya Dialah Maha Memberi dan Maha Pemberi Petunjuk..
WaAllahua'lam..:)
2 comments:
wanie..suka baca kisah nie. Thanks yea sudi berkongsi =)
"Ya Allah, pertemukanlah aku dengan hamba-Mu yang dapat membimbing diriku ke jalan syurga-Mu"
amin...
mas: terima kasih mas..:) amiin..semoga kita dipermudahkan urusan dalam mencari keredhaanNya..:)
Post a Comment