sayyidul istighfar



Thursday, December 31, 2009

Terima kasih 2009..Selamat datang 2010

Assalamualaikum..hari ini ialah hari terakhir bagi tahun 2009..esok menjengah pula hari pertama tahun baru, tahun 2010..wah..ini bermakna umurku juga sudah meningkat 1 tahun..ah, cepatnya masa berlalu..pejam celik pejam celik, hari berganti hari, bulan berganti bulan..sudah genap setahun..Biasanya, orang akan coretkan azam-azam baru sempena menyambut tahun baru, maklumlah, kisah di tahun sudah, hendak dilupakan..wanie pun memang ada azam baru yang agaknya berpotensi untuk dikekalkan insyaAllah..Tetapi, kali ni, wanie nak mengimbau apa yang terjadi, apa yang menarik perhatian, apa yang menjadi tanda tanya dan apa yang menjadi pengalaman wanie sepanjang tahun 2009..orang putih cakap 'flash back' hee..bagi wanie, apabila kita selangkah kehadapan, jangan lupakan langkah yang kita telah bina di belakang supaya kita sentiasa dapat mempelajari apa yang kita telah lakukan dan pengalaman yang tercipta..haa..ada yang mengangguk tuu..baiklah,

jom imbas kembali..


Sepanjang 2009, antara yang tercatat diminda dan di dalam diari merah jambu ialah pada bulan Mac lepas, satu konsert nasyid anjuran ISI UKM telah diadakan pada malam tarikh lahir wanie..kiranya wanie jadikan sebagai hadiah  buat diri sendiri kerana itulah kali pertama wanie betul-betul menyaksikan persembahan konsert nasyid yang agak besar..
Selepas menghabiskan tahun 3, wanie menjalani sesi praktikal di SMK Bandar Baru Sungai Long, Kajang..ia merupakan pengalaman yang begitu indah. mana taknya, dapat belajar banyak tentang ilmu pendidik, berkomunikasi dengan ibubapa pelajar, rakan sejawat dan berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar..itu juga merupakan pengalaman pertama wanie menyewa rumah..alamak kondominium pula tu. walau tidak dilengkapi dengan perabot, sekurang-kurangnya kami dapat juga bermain air di kolam renang ketika hari minggu dan berpeluang menjadi guru pengiring peserta perkemahan pengakap.seronok!



kenangan bersama guru praktikal dari UKM, UPM dan UPSI


Awal bulan Jun, kami sekeluarga bersama keluarga Ayah Ngah dan Ayah Su berkonvoi ke rumah Mak Long wanie di Paka, Terengganu sempena menghadiri perkahwinan sepupu wanie..yang seronoknya, jarang sekali dapat bercuti bersama seperti itu..insyaAllah kami akan rancang lagi percutian yang lain pula..



mama bersama cik ngah dan su..di hadapan pintu masuk taman monumen berhampiran Masjid Kristal, Terengganu


Selain itu, wanie berpeluang menghantar adik wanie pulang ke kampusnya di UIA Kuantan, Pahang..pertama kali wanie menjejakkan kaki di kampus tersebut..



sebahagian kampusnya..


Pada tahun ini juga wanie terfikir akan masa depan.Ya masa depan..hm, sudah besar diri ini..sudah dewasa..sudah banyakkah bekalan menuju masa hadapan? sudah baikkah diri ini dalam mentafsir kebaikan diri? sudah dibuangkah pelbagai sifat buruk di dalam diri? hubungan dengan keluarga dan sahabat? sudah banyakkah ibadat tahun ini dilakukan? macam mana dengan kesempurnaan ibadat yang didirikan? ok kah solat 5 waktu wanie? diterimakah puasa wanie? solat tahajjud, solat sunat, sedekah..macam mana? Ya Allah..rendah sungguh diri ini..jangan kau lupakan diri ini..pimpinlah daku dalam mencari keredhaanMU..Semoga tahun baru 2010 memberi kemudahan dalam mencari kemanisan iman, kebahagiaan bersama yang tersayang, kehidupan sejahtera..
Dan juga, kurniakan Negara Malaysia ketenangan, keamanan dan jauhkanlah pergolakan yang akan memporak perandakan umat islam dan negara ini..amin. InsyaAllah..

WaAllahua'lam..



Wednesday, December 30, 2009

Jangan segan..

Hari ini tiada kuliah..memang agak 'free' juga hari ni..pagi tadi wanie ke Pusat Kesihatan (PK) UKM untuk membuat sedikit pemeriksaan..hm, Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik..Semasa di PK, oleh sebab tidak terlalu ramai orang, wanie sempat melihat pelbagai gelagat para pesakit, tidak kurang juga keramahan petugas di sana..Selepas mengambil nombor giliran, wanie membelek-belek buku yang dibawa bersama sekadar persediaan kalau-kalau ia memakan masa yang lama untuk menunggu giliran, jadi tidaklah masa terbuang begitu saja. Tiba-tiba saja kedua-dua tangan jadi sejuk dan pucat..'ai wanie, nak jumpa doktor pun takut ke?' (bermonolog)

 eh, bukan takut tapi berdebar..tak tahu la kenapa..haih..selepas diberitahu keputusannya, wanie mendapatkan ubat yang dikehendaki dan pulang ke kolej.


Hmm..ramai juga pelajar luar negara datang menggunakan khidmat PK ini..rata-rata mereka nampak begitu selesa berkomunikasi dengan petugas di kaunter pertanyaan.


Sebenarnya, wanie nak berkongsi pendapat dan cerita tentang Bahasa Inggeris..Apabila melihat mereka menggunakan Bahasa Inggeris untuk berhubung, wanie teringat kenangan sewaktu praktikal di SMKBBSL dulu. Ah, hari-hari 'speaking'..English automatik bertambah bagus..mana taknya, nak marah pelajar pun wanie guna English..kalau tak susah nak sampai maksud..hee..rata-rata pelajarnya berbangsa cina dan memang cekap berbahasa Inggeris. Jadi, ini lah peluang yang perlu diambil untuk meningkatkan penggunaannya. Ramai orang yang tahu menulis dalam BI, tetapi tidak pandai bertutur. Ada juga boleh bertutur dalam BI dengan baik, tetapi bila sampai 'part' mengarang, alamak susah pula..dan ada juga yang boleh memahaminya bila mendengar orang lain bercakap..tidak kurang juga yang amat fasih dalam menghafal lagu-lagu orang putih..pandai pula menyanyi..ikut 'tone' dan 'pitching' yang betul pula tuu..hee..


Wanie teringat cerita guru tuisyen bahasa Inggeris wanie suatu ketika dahulu, nak tahu? Hm, apabila beliau makan di restoran yang biasanya mempunyai pelanggan orang putih, contohnya, restoran francais seperti KFC, Mc D, Pizza Hut dan lain-lain tu, beliau gemar berkongsi meja bersama orang putih. Tujuannya untuk memperbaiki lagi kebolehan berbahasa inggeris. Subhanallah..begitu sekali usaha guru yang wanie kagumi itu.


Oh ya, ketika menaiki komuter untuk ke KL sentral baru-baru ini, wanie tertarik dengan dua orang perempuan melayu yang berdiri bersebelahan dengan wanie, perwatakannya seperti seorang pelajar. Mereka bercakap dalam BI dengan sangat fasih. tapi..err..penggunaan slanga melayu seperti '..lah' tu masih kedengaran. Tetapi, apa yang wanie nak sampaikan di sini ialah tidak ramai rakyat Malaysia lebih-lebih lagi orang melayu yang hendak menggunakan BI apabila bergaul..perasaan malu,

takut diketawakan, rendah diri dan ada juga sesetengah antara kita yang terasa seperti 'menunjuk-nunjuk' apabila berbahasa Inggeris itu patut dielakkan..jangan berfikiran negatif seperti itu..ia umpama satu penyakit di dalam diri yang menghalang diri kita untuk bersikap optimis dan pandang kehadapan..kalau ada perasaan segan tu, cuba perlahan-lahan..yang penting kita berusaha..insyaAllah senang saja!


p/s: malu berusaha ibarat malu bertanya..akhirnya tak ke mana..anda tentukan ya!

Tuesday, December 29, 2009

Luahkan pada DIA..

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu
yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuat keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia..
bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahu
kerana DIA tahu
hati yang sebeginilah yang lebih lunak
mudah untuk dekat dan akrab denganNya..

Setiap hari kita hidup menghirup udara yang sama tetapi berbeza...pagi yang hadir membawa seribu rahmat, demikian pula petang yang berlabuh seolah-olah menceritakan pengalaman hari tersebut..indah ciptaan Allah. Semua beredar mengikut peratuan Al-Khaliq. Begitu juga manusia. Ada kehidupan tersendiri, yang sememangnya memerlukan ketabahan, kesabaran dan keyakinan. Ya, tidak semua yang mampu melepasi cabaran hidup. Ada yang Berjaya ke destinasi dan tidak kurang yang terpesong tanpa haluan. Lumrah alam..hm, manusia tidak pernah terlepas daripada berhadapan dengan emosi. Itulah yang membuatkan kita kadang-kadang alpa. Emosi gembira, sedih, marah,suka, geram, kecewa..banyak lagi.
Ada ketika kita sakit, sakit yang amat sangat..sakit yang mencengkam jiwa..tidak sia-sia DIA menjadikan diri kita sebegitu..sebabnya..kita akan jadi lebih mengingatiNya..
' sembuhkan aku Ya Allah..', 'berilah aku kesihatan yang sempurna Ya Allah', ' tenangkanlah hati ini dengan rahmatMu..'
kalau berbicara sebegini, bukankah kita mengingati pencipta kita? Subhanallah..jadi, jangan bersedih..bertawakal la pada Allah..DIA lebih mengetahui setiap inci kesedihan kita yang tersurat dan tersirat..luahkan padaNya, mengadulah denganNya, titiskanlah air mata depanNya, bacalah ayat-ayatNya.. Sesungguhnya DIA maha mengasihani..Allah sudah berjanji untuk menunaikan setiap permintaan hambanya..jadi, janganlah kita lepaskan peluang yang masih ada ni..esok lusa belum tentu.


Doa dalam kesusahan:

يَاحَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.




YAA  HAYYU YAA QOYYUUM, BIROHMATIKA ASTAGHIITSU


Maksudnya: Wahai Dzat yang Maha Kekal dan selalu mengurus makhluqNya dengan rahmatMu kami mohon pertolongan.


p/s: sumber dapatan doa: http://bukudoaku.blogspot.com


Baiknya pelajar UiTM Shah Alam..

Penat juga hari ini dari pagi sampai ke malam..kuliah jam 8 berakhir hampir jam 11 pagi..Tengahari tadi wanie menemani kawan iaitu sha ke UiTM Shah Alam, ada urusan berkenaan dengan pengambilan tenaga pengajar muda yang ditawarkan UiTM..Hari ini hari terakhir untuk menghantar permohonan. Sepatutnya boleh dihantar melalui pos, tetapi memandangkan sudah agak lewat kawan wanie mengetahui tentang iklan ini di akhbar, jadi dia terpaksa bergegas ke UiTM secepat mungkin. Tak apa lah, 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih' kan..wanie menemaninya kerana bimbangkan dia seorang diri menyelesaikan hal ini. Lagipun, dia tidaklah terlalu 'familiar' dengan selok belok di kampus tersebut. Kalau ada yang meneman sekurang-kurangnya tidaklah terlalu cuak orang kata..hee..

Pada permulaan perjalanan, kami menggunakan sistem 'park and ride'..bas ini boleh membawa kita sehingga ke 'bus stop' depan UKM tu..eh, baru tadi Dr.Ruhizan menyentuh berkenaan hal kampus lestari..haa..sebagai warga UKM yang prihatin, ayuh kita gunakan sistem yang dapat mengurangkan kesesakan dan juga menurunkan kadar 'carbon foot print' ini..

Setelah beberapa minit menunggu di 'bus stop', tiba lah sebuah bas ini.Oh ya, ada satu perkara yang amat memeranjatkan wanie setelah menaiki sebuah bas yang perjalannya dari Bangi ke Kajang..opps..namanya dirahsiakan..nak tahu apa perkara yang memeranjatkan itu?uhh..kerusinya..sudah tiada alas bersandar...tak percaya? tengoklah..

hmm..diharapkan ia dapat diperbaiki secepat mungkin..kesian pula pada penumpang..lawak pun ada..haih..

Sampai sahaja di kampus UiTM ini..'first impression' wanie ialah..'waah..besarnya kampus ni..berbukit dan sangat padat..' Nak dijadikan cerita, kami sebenarnya sedang mengejar-ngejar waktu pejabat takut pula mereka tidak menerima borang kawan wanie yang tidak dihantar pada waktunya..alahai, salah bangunan pula..keliru pula dengan alamat yang ditulis di iklan dengan alamat yang sepatutnya dirujuk..
Selepas 'berkenalan' dengan beberapa orang merangkap warga kampus tersebut, akhirnya kawan wanie dapat menghantar borangnya..

Tapi..ada satu lagi borang la!
borang untuk fakulti farmasi..kami dimaklumkan fakulti farmasi serta perubatan telah berpindah ke kampus cawangan di Puncak Alam..alamak..macam mana boleh jadi macam ni, mengikut alamat yang dinyatakan, borang-borang hendaklah dihantar ke fakulti masing-masing, dan ianya semua di Shah Alam..hm, Puncak Alam jauh lagi..mahunya 1 jam perjalanan dari Shah Alam..

Alhamdulillah..kami menemui dua orang pelajar yang agak senior dan bertanyakan hal itu. mereka dengan mesra ingin membantu sedaya upaya mereka..akhirnya, kawan wanie dan seorang lagi pelajar mengirimkan borang-borang permohonan mereka kepada pelajar master Fakulti Farmasi iaitu kenalan kepada dua orang pelajar baik hati tadi yang ingin ke Puncak Alam dalam masa yang terdekat..

Pelik pula rasanya..tapi pihak pengurusan perlu memaklumkan dengan jelas akan alamat setiap fakulti..ya, mereka mungkin terlepas pandang..tetapi ia boleh menyukarkan pemohon yang ingin menghantar borang 'by-hand'
Walauapapun peristiwa pencarian fakulti tadi menjadi kenangan manis juga kerana wanie dapat berkenalan dengan Kak Azura yang menumpangkan kami sehingga ke stesyen bas, Ita dan Ina yang peramah dan mesra..Terima kasih..
Kami tiba di UKM pada jam 10 dengan menaiki komuter..penat, tapi itulah pengalaman pertama wanie berkunjung ke Kampus Induk UiTM Shah Alam, Selangor..

p/s: esok kuliah pagi juga..masa untuk berehat..kepada yang bekerja esok hari, semoga bekerja dengan tekun dan bersemangat ya..jaga diri..daa..salam.

Sunday, December 27, 2009

Blog ku dibaca?

Hari ini, selepas semalaman rasa kurang sihat, wanie diajak rakan baik iaitu shahirah (sha) untuk mengambil angin di sekitar Bandar Kajang. Sebenarnya, saja menemani sha untuk mengambil gambar passport untuk borang yang perlu diisinya. Jadi, sambil itu, bolehlah wanie mencuci mata. Mana taknya, asyik terperap je dalam bilik minggu ini ditemani kesunyian memandangkan ramai pelajar yang pulang ke rumah sempena cuti Krismas.


Kami menunggu bas rapid tetapi oleh sebab masa yang agak lewat kerana kami keluar lebih kurang jam 2.30 petang, jadi kami mengambil keputusan untuk menunggu bas mini di luar UKM saja. Oh ya, masih kah anda ingat cerita tentang bas mini yang wanie pernah 'post' kan sebelum ini? hee..ini bermakna tadi merupakan kali ketiga wanie menaiki bas yang comel itu.



Tetapi keadaan dalam bas mini tadi amat berbeza dari sebelum ini. Kerusinya seperti ditukar baru, tingkap ditutup dan kebersihan dalam basnya terjaga, jauh dari yang sebelum ini. Wanie terfikir, "adakah 'post' aku hari itu dibaca oleh pengarah syarikat bas mini seMalaysia? ah, jauh sekali pemikiran wanie..hee..walaupun bunyi bisingnya tidak dapat dielakkan, namun perkara yang lain patut dipuji..


Sampai di Kajang, kami ke tempat tujuan terlebih dahulu sebelum berpeleseran ke tempat lain..Sambil menunggu gambar passport diproses, wanie berbual dengan 'auntie' merangkap tauke kedai tersebut.
'auntie..apa berita menarik hari ini dalam paper?' wanie memulakan perbualan setelah melihat akhbar  berbahasa cina dibelek-belek olehnya..' hayya, bas yang accident semalam..itu bas Sani Express. kesian maa..' sambil menunjukkan keratan beritanya..oh, inilah berita yang kami nak tahu lebih lanjut tu semalam sewaktu berada di kafe..auntie tersebut menerangkan pada kami kejadian sebenarnya..hm, auntie juga sempat bertanya kami dari mana dan macam-macam lagi..haih, banyak cakap wanie ni (wanie bermonolog..hee)..mana taknya, auntie tersebut memang pandai melayan pelanggannya dan murah senyuman..


Setelah itu, kami ke Metro Point. ohh..di sini semua lagu dari seberang yang dijadikan halwa telinga..ah, lagu Peter Pan, mungkin nanti..teringat pula kenangan di matrikulasi dulu.. lagu itu selalu menjadi siulan..
Sha sudah mula terasa lapar..baiklah sha, jom kita cari makanan...uhh..'secret recipe' yang jadi pilihannya..hm..memang ramai orang gemar akan makanan dan menu di sini..tapi, bagi wanie tidak. Wanie tidak begitu gemarkannya..tetapi memandangkan orang tidak terlalu ramai dan sudah lama tidak merasa 'cheese cake' nya...masuk saja lah..
hm..'Hi-fiber cream cheese cake', 'chocolate cake' dan 'ice blended green tea' yang menjadi pilihan minum petang untuk hari ini..sebelum itu..jom kita bergambar dulu..layan...



Green tea yang sedap..cheese cake pun sedap..



chocolate cake lagi..



si perut bual hal pula (lakonan semata-mata)..wait, hee..seronoknya akak tu gelak..

hmm..kejap ya sha..freeze..


Oh ya, pelayan mereka mesra juga tetapi sempat menjeling juga tuu..haih..
haa..sewaktu makan-makan tadi, dari jauh kami nampak seorang 'uncle' yang sedang meminta-minta duit dari sesiapa sahaja yang lalu disekelilingnya..tetapi apabila uncle yang berbangsa cina itu hendak masuk ke tempat makan, dia dihalang oleh para pekerja..dan dia pun meneruskan perjalanannya ke tempat lain dan tidak sempat datang ke bahagian kami duduk..kesian..memanglah dia masih kuat bekerja dan mampu berjalan walau tidak berapa sempurna, namun, kadang-kadang sedih juga bila melihat mereka yang sedang menjamu selera, apabila diminta menghulurkan sedikit wang, mereka menolak begitu sahaja..hm..mungkin juga mereka takut ditipu..tapi, bagi sedikit sahaja pun tak apa..hm..itu pendapat masing-masing lah, yang penting keikhlasan hati si pemberi..


Selepas itu, kami meneruskan agenda..mungkin yang terakhir sebab jam menunjukkan sudah hampir lewat petang..Oleh itu, kami singgah di Watson iaitu destinasi yang boleh dikatakan wajib bagi wanie setiap kali keluar bersantai. Kami mencari-cari barang keperluan masing-masing dan beredar untuk pulang..Alhamdulillah..bas rapid sudah tersedia..opps..jangan lupa bayar tambangnya ya..ehehe..


hm..penat juga, namun dapat juga keluar melepaskan tekanan sebelum memulakan kuliah awal pagi esok..terima kasih sha..lain kali kita keluar sama lagi..insyaAllah..


p/s: Dapat juga gantikan penyepit rambut yang patah hari tu..he..oh ya, selamat berbuka puasa bagi yang berjaya berpuasa sunat hari ini. Thumbsup!

Saturday, December 26, 2009

Menariknya Kelantan Darul Naim?

' wanie, kat Kelantan semua board iklan yang ada artis dan model aku tengok semuanya pakai tudung..memang kena pakai tudung ke?'
hmm..ini adalah dialog pertanyaan kawan wanie yang pertama kali berkunjung ke Kelantan pada waktu cuti..ya, memang di Kelantan semua iklan di papan besar mahupun kecil, mewajibkan modelnya memakai tudung..malah, pertama kali melihatnya, wanie pun terkejut juga bila melihat 'model celcom' semuanya pakai tudung..Sebenarnya ia ditetapkan oleh kerajaan negeri sendiri..alhamdulillah, baguslah..:)


Oh ya, pernahkah anda melawat Kelantan, negeri kelahiran wanie ini? hmm..apa ada di Kelantan selain makanannya yang sedap-sedap dan warisannya? Kali ini, wanie nak cerita sedikit tentang tempat-tempat menarik di Kelantan terutamanya ibu negerinya iaitu Kota Bharu..baru je dapat ilham nak post blog tentang ni, nak tengok?
 ' lets scroll down to Kota Bharu in pictures'..

Bagi mereka yang menggunakan 'flight' untuk sampai ke Kelantan, ini adalah pintu masuknya..Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang terletak di Pengkalan Chepa, Kota Bharu


Bagi yang memilih jalan darat dengan menggunakan bas, inilah sebahagian kawasan di stesen bas..terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu..hmm..wanie rasa, ia perlu dicantikkan juga seiring dengan pembangunan yang sudah semakin ditingkatkan di Kelantan.

Kalau hendak menginap dengan penginapan yang agak mewah, tempahlah hotel di sini, Hotel Renaissance..Sebelahnya ada pusat membeli belah Billion..ada banyak lagi hotel yang pelbagai kriteria boleh didapati..cari saja! oh ya, di belakang bangunan ini terletaknya SMKA Naim Lilbanat, sekolah ku..hee

'caption through window'..hee..ini adalah salah satu hotel yang besar di Kota Bharu. Hotel Sutra Inn..ia berhadapan dengan Wisma Persekutuan yang bersebelahan dengan Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Mercu tanda negeri serambi mekah..ia terletak di tengah-tengah Bandar Kota Bharu..ia menjadi tumpuan pelancong setiap kali mengunjungi negeri ini..

Mercu tanda terbaru Kelantan iaitu Kelantan Trade Center..merupakan dua menara berkubah yang mempunyai ruang-ruang pejabat dan pusat konvensyen moden. Terletak di hadapan stadium Sultan Muhammad IV
Antara masjid yang tercantik di Kelantan bagi wanie..ia terletak di Kubang kerian..berhadapan dengan pintu masuk istana mahkota..

haa..ini pula sebahagian daripada Balai Islam Negeri..besar dan cantik..di sini terdapatnya mahkamah syariah dan pelbagai jabatan lain..selalunya diadakan pelbagai pameran tentang islam dan pesta buku..

Sekarang, pusat membeli belah KB Mall ini menjadi tempat pilihan mereka yang ingin membeli belah dan bersantai bersama rakan..ia tidaklah terlalu berada di pusat bandar, jadi mungkin kurang sibuk berbanding 'supermarket' lain.

Tidak lengkap percutian di kelantan tanpa mengunjungi kawasan bebas cukai di Pengkalan Kubur ni( terutamanya wanita dan para ibu)..ia merupakan sempadan di antara Malaysia dan Thailand..barangan di sini agak murah tapi mesti berhati-hati ya ketika membuat pilihan..sudah lama wanie dan keluarga tidak ke sini kerana ketiadaan masa terluang untuk ke tempat sebegini..

Pasar Siti Khadijah..sudah dinaik taraf beberapa kali untuk kelihatan lebih cantik..ia merupakan tumpuan pelancong dalam dan luar negeri..ada pelbagai barangan di sini seperti pakaian, kraf tangan, makanan kering, sayur-sayuran, lauk pauk dan lain-lain..majoriti peniaganya ialah wanita..

Ini pula Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu..gomo kelate gomo..hm..di luar kawasannya terdapat kawasan bersantai bersama keluarga dan medan selera yang sangat besar. kami sekeluarga selalu bersantai di sini..

haa..ini lah medan usahawan yang kami selalu kunjungi..ia hanya bersebelahan dengan stadium tadi..

ehehe..antara gambar yang sempat diambil ketika kami minum petang di medan usahawan..adik wanie, faisal..

Nak menikmati udara pantai dan desiran ombak..? jom ke Pantai Irama di Bachok. Pesta Air Kelantan selalu diadakan di sini.

Pantai Cahaya Bulan (PCB) yang sangat indah..di tepi pantai ini terdapat banyak gerai menjual makanan laut dengan harga berpatutan..sambil menghirup udara segar, boleh lah menjamu selera dengan sotong bakar kan? hee..

Gambar ni diambil sewaktu wanie, mama dan adik berjogging di Taman Tengku Anis..memang banyak haiwan diletakkan di sini seperti pelanduk, burung merak dan burung-burung lain. Di samping itu, terdapat replika-replika bangunan bersejarah di sekeliling tapak laluan jogging. menarik! 

hmm..begitu lah unik dan cantiknya Negeri Cik Siti Wan kembang ni..Sebenarnya, banyak lagi tempat yang menarik..jadi kalau ada peluang, datanglah ke Kelantan..

p/s: kebanyakkan gambar dari internet

Hari 'Asyura..

Sedar tak sedar, kita semua sudah menghampiri hari yang begitu bersejarah bagi Umat Islam.. ya, kita masih di bulan Muharam dan hari yang penting yang wanie maksudkan ialah 10 Muharam iaitu bersamaan dengan 27 Disember 2009. esok! hmm...tentu ramai yang sudah berkira-kira hendak puasa kan..bagusnya.. Pada hari istimewa sebegini kita disunatkan puasa, besar pahalanya..kalau di kampung-kampung atau di kebanyakan tempat lain, mereka akan bergotong royong mengadakan bubur asyura..sedap kan? hee..
ok la, untuk post kali ini, wanie nak cerita sedikit tentang 10 muharam ni..jom baca..

10 muharam juga dipanggil hari 'Asyura iaitu yang bermaksud hari yang kesepuluh.
Pada 10 Muharam telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.


  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.  


  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.  


  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.  


  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.  


  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.


  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.  


  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.  


  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.  


  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.  


  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.  


  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.


  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.  


  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.  


  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.


  16. Allah menjadikan 'Arasy.


  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.


  18. Allah menjadikan alam.


  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.


  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Subhanallah..hm, sekarang kita sudah tahu apa yang berlaku pada 10 Muharam sehingga dijadikan hari yang sangat bermakna..tapi apakah amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan pada hari tersebut selain berpuasa? hm..mengikut sumber bacaan, antara amalan yang boleh dilakukan pada hari ini ialah..wanie senaraikan 10 daripadanya iaitu:

  • Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.



  • Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


  • Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.


  • Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.


  • Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


  • Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


  • Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."


  • Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.


  • Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

hmm..ini tidak bermakna pada hari-hari yang lain kita tidak berbuat kebaikan..umat islam kan diajar untuk sentiasa berbuat baik.sifat mazmumah hendaklah dijauhi agar sifat mahmudah senang mendekati kita..
selamat menyambut Hari 'Asyura..:)

Thursday, December 24, 2009

black and white version

Selepas pulang dari kuliah tadi, wanie sempat melihat gambar-gambar kenangan sendiri, file 'my shots' dan ' kenangan di SMK Bdr Baru Sungai Long' diklik sambil minum petang. hm..sebiji epal dan segelas susu..ok la kan. hee..tiba-tiba terfikir untuk menjadikan koleksi gambar wanie ini menjadi hitam putih atau dalam bahasa orang putihnya, 'black and white'..sebenarnya mendapat ilham dari seseorang. Tetapi, bukanlah bertujuan untuk menyertai mana-mana pertandingan fotografi ya, hee..sekadar edit dan post sahaja untuk blog bintang hati ini..


Having only a Sony digital camera, its enough for me to take so much beautiful and wonderful pictures. Alhamdulillah. Maybe after it losts its functionalities and i have an extra 'fulus', i'll search for another one, insyaAllah..i have the expert who know so much about camera and photography.He is .Mr. Badiozaman.(this link goes to his blog). 

Oh ya, below are some of my snapshots and descriptions for each photo..have a look..and your comment are most welcome. Do some!


This caption was taken during Aidilfitri at Terengganu..first time viewer might think there is only a hen..but by looking the legs, how come? ha2..


and this is the retro one..



haa..this photo was taken on the way backed from KLSogo with my family last year..


black n white version.


This photo already being uploaded in my blog..but its ok if i put here again..it was taken during the sunrise at the balcony of the resort in Paka, Terengganu..


like a full moon at night..


my previous cactus..in my room


Do you have any idea about this pic?


oops..actually i wanna show off the paddy field that was being planted by the school's organization..this school takes so serious in plantation and many other agricultures..


wanie in retro form..old school teacher..hee..


This cute traditional hut was being decorated by the art teacher and the students..one of the scenic gardens in the school..hmm..with my friends, nurul and dila.


a kind of similar photo but..

hmm..that'all. Actually there are some more kind of very beautiful pictures..but enough for the time being and i will upload them later..i like to take photo and be in the photo. Photogenic? hm..not really right? for me, people who are in love with photography are those who have their own perspective, independent and a kind of romantic as well..we can express anything about the pic that we see. A journey through the photo. Picture speaks thousand words..it's correct.

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers