sayyidul istighfar



Monday, December 14, 2009

Selamat Menyambut 1 Muharram

Satu muharam detik permulaan
Perkiraan tahun islam hijrah
Perpindahan nabi dan umat islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar islam
Untuk sepanjang zaman

Selamat menyambut 1 muharam 1431H bersamaan 18 Disember 2009 ini kepada seluruh umat islam seantero dunia. Di Malaysia, sambutan tahun baru islam pada kali ini bertemakan ‘memantap ukhwah memperkasa ummah’.

hmm, besar sungguh pengorbanan orang islam pada suatu ketika dahulu berhijrah dari kota mekah ke Madinah atas perintah Allah, yang mana membawa kepada permulaan tahun dalam islam, menyatukan dua kaum besar iaitu muhajirin dan ansar. Kaum muhajirin meninggalkan harta benda dan kampung halaman mereka demi menyahut perintah Allah. Kaum muhajirin dipertemukan dengan kaum ansar yang sangat pemurah dan suka menolong. Mereka bersatu padu bukan sahaja dari segi kebajikan, malah menjadikan setiap dari mereka saudara sendiri. Subhanallah.. Jika kita lihat pada hari ini, masih wujud lagi kah semangat kerjasama antara masyarakat? Hm, mungkin di kawasan kampung kita masih boleh melihat mereka bergotong royong menjayakan sesuatu aktiviti. Tetapi jarang sekali dapat dilihat di bandar-bandar besar terutamanya. Malah, ada yang tidak mengenali jiran mereka sendiri. Jangan terkejut bila ada jiran yang bergaduh sesama sendiri sehingga membawa kepada kes pembunuhan. Ya! Ia berlaku dan wanie mendapat tahu berita ini melalui saluran berita di televisyen semalam. Sepatutnya, kita menghargai usaha kerajaan dalam melaksanakan harapan 1MALAYSIA, jangan pula meremehkan hal sebegini kerana ianya boleh memberi impak kepada negara. Tetapi,malangnya, masih ada yang merendah-rendahkan usaha kerajaan dalam mengukuhkan ukhwah ini. Jangan begitu. Wanie percaya jika setiap dari kita menghargai usaha kerajaan dan hidup bersatu padu, insyaAllah, Negara kita akan terus aman dan damai. Bersetujukah anda?
Setiap tahun bila tibanya 1 muharam, ramai orang membicarakan tentang hijrah.ya, hijrah. Bukan sahaja berhijrah( beralih) dari satu tempat ke tempat yang lain. Tetapi hijrah dalam diri sendiri itu yang tersangat penting. Allah pernah berfirman bahawasanya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubahnya sendiri. Hm, mengubah nasib. Tidakkah kita teruja bila mendengar firman Allah ini? Kita akan menjadi lebih baik jika kita berusaha mengubahnya sendiri. Ya, kita hanya perlu usaha. Contohnya usaha untuk menjadi anak yang baik, usaha untuk berjaya dalam peperiksaan, usaha untuk lari dari berhutang dan macam-macam lagi. Bila kita berusaha dan selari dengan cara dan kehendakNya, maka Allah akan memperkenankannya. Wah..Allah Maha pemurah..Dia akan memberi kita sesuatu atas usaha kita..jika kita boleh melawan semua bisikan syaitan, kita boleh berjaya! Maka, itulah yang dikatakan hijrah..!

Selain itu, hijrah dalam konteks pemikiran juga penting. Berfikir ke arah yang positif berbanding negatif. Masyarakat sekarang nampaknya semakin maju dek ledakan teknologi yang kian rancak. Kemunculan laman-laman sosial seperti facebook, friendster,myspace, twitter..ah, anda lebih banyak mengetahuinya..ia membuka lebih banyak peluang untuk meluaskan pemikiran di samping dapat mengeratkan silaturrahim. Kita seharusnya menggunakan teknologi ini dengan baik dan tepat. Bukannya untuk tujuan negatif contohnya menipu, memfitnah dan bergosip di ruangan sembang. Itu tidak kena pada tempatnya. Wanie memuji mereka yang menjadikan laman web sosial ini sebagai medan memperoleh sumber pendapatan contohnya memperkenal dan memasarkan produk mereka di internet. Mungkin cara ini lebih selamat dan praktikal. Tidak hairan lah, ada yang sudah bergelar jutawan hasil daripada jualan melalui internet. Kenapa mereka boleh berjaya dan boleh bergelar jutawan di usia muda? haa..mereka berani berhijrah dari cara yang tipikal untuk berniaga kepada cara yang lebih mengikut arus modenisasi. Jika ini dikatakan hijrah..ya, mereka telah pun berhijrah.

Oleh itu, marilah kita berfikir sejenak apa yang kita perlu buat untuk menjadikan kita lebih baik. Mungkin dari segi ibadat, akhlak, cara gaya, pemikiran dan lain-lain segi. Bercakap memang senang dan wanie hanya memerlukan sedikit masa sahaja untuk menyiapkan post kali ini. Yang menjadi susahnya untuk memulakan sesuatu perkara itu. Tetapi harus diingat, setiap kejayaan bermula dari satu langkah yang kecil. Apa tunggu lagi, hendak seribu daya, tak hendak tak payah..eh, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..anda tentukan!

p/s: Tahniah kepada yang terpilih menjadi tokoh Maal Hijrah kali ini..

1 comments:

Badio Sulaiman said...

Ingatkan suka pooh je.. msti minat spongebob sb patrik warna pink

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers